Saturday, January 2, 2010

Cinta Yang Tidak Kesampaian

Salam pencerahan,


Saya mahu bercerita dan cerita ini cerita benar, saya tujukan cerita saya kepada sahabat-sahabat saya dan saya tidak tahu mengapa cerita ini ditujukan kepada mereka. Semoga setiap yang membaca dapat manfaatnya.


Tempat: Kelantan
(daerah dirahsiakan untuk mengelak terbongkar keluarga belah mana)

Masa : 1.00 – 3.30 pagi

Nama Sepupu : dirahsiakan

Cerita ini adalah mengenai perbualan saya bersama sepupu saya semasa hari raya korban tahun lepas, kami habiskan masa sepanjang malam bercerita tentang kisah percintaannya yang telah mencecah umur 4 tahun, namun akhirnya kecundang dengan satu soalan yang dia ajukan kepada kekasihnya.


Soalannya : “ Dear, what is our future plan after we graduated?”

Jawapan : “Future plan? I thought it just a relationship.”

Maka, benganglah sepupu saya, mungkin dalam fikirannya mahu berumah tangga setelah tamat pengajian tetapi jawapan dari kekasih hati tidak seperti yang dijangka. Saya melayan lagi sepupu saya yang sedang meluahkan kekecewaannya.


Faizah : “ Sebab tue je ke break up? Adoi… x mature btol”

Sepupu saya : “ xmature ko kate, tapi xpe die tue xde special pon.”

Saya sedikit tercabar mendengar kenyataan yang dikeluarkan, seolah-olah habis madu sepah dibuang, almaklumlah dia lelaki saya perempuan, mana sanggup mendengar kaum sendiri dikritik.


Faizah : “ Ooo, bila dah break up, ko kate dah x de special la. Hbs, yang ko tergila-gila sgt dulu kenape?

Sepupu saya : “ Jah, dia tue ade dua je special, pertama comel, kedua seksi.”

Faizah : “ Amboi…amboi..!! aku nak tanye ko sket, ape kriteria perempuan pilihan ko erk?”

Sepupu saya : “ Hehe..First, mestilah berambut panjang dan lurus. Dan second she must be cute.”

Faizah : “ Oooo, kira perempuan tadi dah memenuhi kriteria ko la, yang ko break up nape, x ke nyesal?”

Sepupu saya : “ Ala jah, dia ada masalah keluarga, agpon die free hair, xsolat.”

Faizah : “ Aku xpaham la ngan ko nie, kate nak berambut panjang, kalau die pakai tudung manela ko tau rambut die panjang, ko ingat orang yang bertudung nak gtau ke rambut die jenis macam mana? Kalau die x solat pon cubalah ko nasihat sket, ko kan laki, u will be the leader n lead the family.”


Saya mula menunjukkan tanda-tanda bengang kerana dia asyik menyalahkan sebelah pihak sahaja. Sambung,

Sepupu saya : “ Susah la jah, aku dah suh die pakai tudung tapi dia kate mak i kate i nie muda lagi la.”

Faizah : “ Memangla die xakan pakai tudung, dah sepanjang hidup die x bertudung, tetiba ko nak suh die pakai tudung, buang tabiat ke ape? Aku nak tnye ko sket dalam mase 4 tahun ko couple kan, bape kali ko nasihat kat die, Ok, aku bajet dulu erk, tahun pertama baru kenal, tahun kedua baru tahu sal diri die, tahun ketiga mungkin dah bleh nasihat la kan, kiranya 2 tahun ko nasihat die, betul x?”

Sepupu saya : “ A’a lebih kurang r.”

Faizah : “ Hah, 2 tahun ko nasihat die suh pakai tudung, 2 tahun vs 20 tahun ko kira la sendiri, memang sah-sah la xkan pkai nye, tue baru pkai tudung xcakap sal solat lagi, lagi-lagi korang tercampak kat negara orang yang kaya dengan budaya barat, banyak dugaan tue,aisehman!!”

Sepupu saya : “ Habis, ko nak suh aku wat cam ne jah, aku bukan ustazah macam ko?”

Faizah : “ Sejak bila plak aku dapat title ustazah nie,Eh, kate orang xkenal maka x cinta,so kita perlu terapkan cinta die kepada Islam, ceritakan indahnya Islam, ajar die solat, ingatkan die tentang solat, pastikan die solat cukup lima waktu, kuatkan kefahaman tentang aqidah die dulu,faham x rukun iman,rukun Islam barulah cerita pasal tudung tue last kira r beb.”

Sepupu saya : “ Ko ingat senang ke? Ko ingat aku punya knowledge agama banyak?”


Saya berasa sedikit kesal, bukankah setiap daripada kita dilahirkan sebagai seorang khalifah? Pemimpin bukan bererti kita perlu memerintah dunia, kita adalah pemimpin kepada diri kita, apabila kita mengawal nafsu kita, kita adalah pemimpin kepada kawan-kawan kita apabila kita bercerita tentang ukhwah, kita adalah bakal pemimpin kepada anak-anak, cucu-cucu, serta keturunan kita, dan kitalah yang akan menerangkan betapa kita dijadikan untuk menyembah yang ESA.

Faizah : “ Awat? Hang pon x reti nak solat ka? Xpenah solat ka?”

Sepupu saya : “ Bukan tue maksud aku jah, tapi susah.”

Faizah : “ Mungkin susah kan, yelah berkata-kata lebih senang daripada melakukan tetapi u need to realize u will face this kind of problem, when u get married, u need to teach ur children how to perform solah, u need to explain to them what n why solah is very important . That why, we need knowledge and we need to increase our knowledge, if u can read all the textbooks in order to get degree in Medic, why don’t u do the same to get the honor of degree from Allah?”

Sepupu saya : “ xpela jah, aku dah break up dah pon, I’m ready to move on.”

Faizah : “Kalau aku la kan, alang-alang aku dah kenal die tue, perangai die, cerita die, ada baiknya ko try dulu bagi pendedahan kat die, manelah tau she will become a better muslimah after this. Atleast you know her weaknesses kan. Kalo x jadi bini ko pon atleast ko buat pahala kan?”

Sepupu saya: “Herm.. xmau la, aku dah move on, xmau contact dah. Ko carila la jah, budak Uia kat aku sorang, yang baik-baik.”

Faizah: “ Tidak salah untuk mengimpikan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri tapi ko kena ingat in order to get a good one, you need to change first, perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik, kita kena ingat, cam aku sdri , aku pon nakkan yang elok, tapi aku selalu fikir, aku nie asyik nakkan yang elok tapi aku elokkah aku?”


Tiba-tiba, sepupu saya bertanyakan saya soalan yang saya ajukan kepada dia.

Sepupu saya : “Jah, apa ciri-ciri lelaki pilihan ko?”

Faizah : “ Cukuplah 4 ciri, agama, keturunan, harta, dan rupa, tapi aku dahulukan agamanya, so xsemestinya melayu la, hehe. Yang ko tetibe tanye aku nape?”

Sepupu saya : “ Tanye pon xleh ke. Yalah, aku tau, tapi cuba ko spesifikkan, xkan la xde sesiapa dalam hati ko?”


Puas saya fikirkan, dan akhirnya saya tidak mampu menjawab soalannya. Saya cuba mengambarkan wajah seseorang tapi saya tidak berjaya, saya pernah menyukai seseorang tapi itu hanyalah sekadar perasaan yang tidak pasti dan akhirnya luput tanpa saya sedari. Soalan itu tanpa jawapan dan berakhir dengan satu senyuman.


Perasaan saya ketika itu boleh digambarkan dengan perkataan kecewa, kecewa! kerana saya tidak punya sesiapa untuk digambarkan, kecewa! Kerana saya tidak punya sesiapa untuk diceritakan, tetapi kecewa saya tidak berpanjangan kerana saya tahu DIA telah menetapkan seseorang untuk saya. Siapa? Biarlah ia menjadi satu tanda tanya.

P:S
 Meminjam kata-kata Hanim, Jodoh itu rahsia Allah!!
Buat  teman-teman kaum Hawa yang amat saya sayang: Una, Yus, Cek ya, Nadim, Chah, Adila, Farah, Icha,Afiqah, Dayah, Hanan dan semuanya…


Mungkin benar kita dilahirkan sebagai kaum Hawa dan kita perlukan seseorang untuk memimpin kita, tapi kita juga bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Apakah tanggungjawab mendidik anak itu hanyalah di bahu seorang suami? Cuba kita bayangkan apabila anak sulung yang kita kandung 9 bulan ajukan soalan kepada kita, “Mama, nabi Muhammad ada berapa orang anak?” Adakah jawapan ini yang bakal keluar? “Cuba along tanya abah? Mama tak ingat la sayang.”


Andai kata ada yang terasa, saya mohon maaf. Saya juga insan kamil yang tidak jemu-jemu diuji, dan saya sedar iman saya sentiasa berbolak balik, kadang-kadang di atas peratusannya, kadang-kadang jatuh menjunam prestasinya, dan mungkin ada yang berpendapat saya pelajar Uiam,saya pelajar sekolah agama, maka saya hebat berkata-kata soal agama. Pohon saya, jangan membuat penghakiman secara luaran, siapa kita untuk menghakimi kerana keikhlasan seseorang hanya Allah yang mengetahui. Pinta saya lagi, lihatlah apa yang saya cuba sampaikan dan bukan lihat kepada diri saya yang masih dalam belenggu kejahilan.


Jika kita boleh menghabiskan masa berjam-jam menelaah pelajaran mengapa pula kita tidak punya masa untuk menelaah agama? Jika kita gembira habiskan duit scholar dan ptptn dengan membeli kasut, beg, baju, mengapa kita rasa membazir untuk membeli buku-buku diluar bidang pelajaran kita? (Jangan sampai bila agama kita diperkotak-katikkan pada masa akan datang (seperti isu sekarang: penggunaan nama Allah), kita tidak punya ilmu dan hujah untuk diutarakan, hebatnya kita di gelanggang lain tapi tewas di gelanggang memperjuangkan agama. Semoga kita dilindungi Allah dan Hanya DIA yang maha mengetahui.





Siapa Cinta kamu?

Salam cinta dari saya….

Apabila salam dimulakan dengan cinta maka fahamkanlah diri anda bahawa cerita yang bakal anda baca sudah tentu berkisar tentang cinta.


Kata saya yang tidak pernah mengenal cinta manusia,

“It’s not easy for me to love but when I do, it like be a real hardy one.”




Kata Harun Yahya dalam Buku Romanticism: The Weapon Of Satan (boleh download melalui laman webnya),

“The danger of romanticism is it leads people to live not according to their reason but according to their emotions, that is according to their desires, hatreds, their susceptibility to temptation, and stubbornness”




Kata Dr. Omar Zaid semasa saya bertandang ke Pesta Buku ISTAC,

“Jika cinta Allah pada kita sudah wujud sebelum kita diciptakan dan kita diciptakan dengan penuh kecintaan, mengapa masih ramai mencari cinta manusia?”




Katanya Harun Yahya lagi kepada saya menerusi bukunya,

“According to Al-Quran, love is to be shown to those who deserve it. Those who do not deserve it are not to be loved. We are even to distance ourselves from them emotionally or at least, not to feel inclines towards them. But those who deserve love, they deserve it because of their virtue. The only being who deserve absolute love is God, who created us all. God brought us into existence. HE helps us out of every anxiety and graciously hears ours every call. It is HE who feed us until we are satisfied, cures us when we are ill, and then restores our spirit. Therefore HE is the mysteries of the universe loves.”




Setiap manusia ingin mencintai dan ingin dicintai, kita sering dikaburi dengan filem-filem cinta (Twilight contohnya, tapi saya suka, hehe), lagu-lagu cinta (Taylor Swift, Boys Likes Girls), buku-buku cinta (favourite saya P:S I Love You), keadaan orang sekeliling bercinta (tgk bila orang syok bercinta je, masa diorang gaduh xtgk plak) dan sebagainya. Begitu banyak faktor yang mendorong kita untuk merasai nikmat cinta, tidak salah sebenarnya tapi mengapa kita selalu dahulukan cinta yang tidak sepatutnya?


Dan Brown Latest Book

Bismillahirahmanirrahim


Saya ulang baca karya terbaru Dan Brown buat kali kedua, The Lost Symbol.( Terima kasih kepada dia yang menghadiahkan ) Saya sangat menyukai ayat yang berbunyi,

 “ The moment mankind separated himself from god, the true meaning of the world was lost”


Saya tertanya-tanya bukankah ini yang dipegang oleh masyarakat Islam? Islam mengajar kita untuk mendekatkan diri dengan Allah, tidak lekang dari fikiran kita untuk mengingati Allah, andai kata yang sebaliknya berlaku, maka hilang makna dan harulah tujuan hidup kita di atas bumi Allah ini.

Tapi yang menghairankan saya adalah penulis buku ini merupakan seorang Kristian, bagaimana seorang yang beragama Kristian mengakui kepercayaan yang dipegang oleh Islam? Bukankah Barat mempercayai Aristotelianism, (kepercayaan bahawa tuhan itu terpisah dengan alam) dan sekularism?

Apa yang dapat saya simpulkan adalah Islam itu adalah agama yang syumul, agama yang sejagat (universal), agama yang memberitahu kita kepada yang benar-benar belaka. Agama ini bukanlah acuan dari sesiapa tetapi agama ini agama yang diwahyukan oleh Allah.

P:s
Dalam proses menghabiskan dengan penuh kefahaman buku ma’na Kebahagiaan dan pengalaman dalam Islam karya Prof. Syed Naquib Al-Attas




Can i demand all these books for my birthday?












Actually, i want to demand all these books for my birthday present from my mom, but since she bought me laptop, so i think it is cruel if i ask her to buy my second birthday present. I really want to have these collection of books and i dont know why. Frankly speaking, i am having financial problem right now.haha I spent most of my money during Istac Book Fair but i never regret it because i know all the books bring benefits to me. When i told my sister about my eagerness to get twilight's collection, she calm me by saying, " dont worry, u can have it next year." Argh...!!

P:s

"i hate it when you goes away from me.


i hate it when he heals some of my wound.


but i have to admit.


that's how our love got stronger.

there's no other one except you.


it pains.


but wonderful."

-bella-


Faizah is crazy right now, jika sesiapa mahu kata saya dijajah pemikiran barat,silakan!
saya tidak peduli, kerana saya tidak rasional sekarang...
And i'm saving for these books