Home

Saturday, December 6, 2008

Alumni SMKATB


Salam…Selamat menyambut hari raya aidil adha

Maaf yang tidak terhingga kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Pada 6 Disember 2008 bertempat di Masjid Muhammadiah,Kota Bharu Kelantan telah diadakan pertempuan dengan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Bachok. Tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk menubuhkan alumni pengerak tarbiyah SMKATB memandangkan isu masalah disiplin pelajar yang semakin hari semakin parah.

Saya ditugaskan untuk mengumpulkan pelajar muslimat, daripada 10 orang hanya 3 orang yang hadir pada pertemuan itu.Alhamdulillah masih ada orang yang sanggup memberi komitmen dalam kerja-kerja sebegini. Berbekalkan 8 orang, 3 muslimat dan 5 muslimin,kami berbincang tentang penubuhan dan program yang bakal dilaksanakan.
(tak perlu la cite sume erk….!!)

Semasa proses pencarian ahli,saya menghadapi pelbagai kesulitan….

Faizah: Salam ukhti,jom join alumni penggerak tarbiyah SMKATB?

Sahabat 1: Sorilah Faizah, saya nie x layak la, ilmu agama pun x cukup..

Sahabat 2: Sorilah Faizah, saya xde masa la.

Sahabat 3: Sorilah Faizah, nak keluar ngan kawan-kawan.

Saya memahami dengan situasi yang dialami oleh sahabat-sahabat saya kerana saya juga pernah berhadapan dengan situasi sebegitu.Setelah menghadapi permasalahan di atas, saya membuat kesimpulan.

Bukankah lebih baik sekiranya kita mengikuti program sebegini walaupun kita merasakan diri kita tidak layak.Hal ini kerana, setelah menghadirinya kita dapat meningkatkan ilmu untuk diri kita sendiri dan membantu orang lain.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.."
(surah ar rad ayat 11)

“Semoga sahabat-sahabat mendapat hidayah Allah dan sama-sama kita berjuang di jalanNYA”

Breath For Islam, Islam Is The Way Of Life

3 comments:

Anshor al_Haq said...

Salam perkenalan ke-2, tak sangka hebat juga blog Faizah.

Itulah cabaran untuk menegakkan Islam.Jika kita berusaha mwnyatukan hati-hati manusia terutamanya bagi melakukan kerja-kerja agama, nescaya takkan berjaya, kecuali dengan usaha yang bersungguh, penuh hikmah disertai doa yang ikhlas.

Mereka yang menolak kebanyakannya kurang faham dengan fikrah Islam. Justeru menjadi tugas kita untuk menyebarkan fikrah ini.Tidak dinafikan ia merupakan satu usaha yang bukan semudah mengucapkannya.

Sebagai salah seorang yang mengikuti pertemusn itu, saya cukup terkesan dengannya.Harapnya ada lagi tindakan susulannya selepas ini.

'Wahai orang-orang beriman, megapa kamu mengucapkan apa yang kamu tidak lakukan.'

'Amat buruklah disisi ALLAH jika kamu mengucapkan perkara yang kamu lakukan'.

faizah said...

syukran

faizah said...

bt the way sape nie??

Related Posts with Thumbnails