Saya agak rimas sebenarnya apabila semua orang bertanyakan kepada saya perkara yang berkaitan dengan isu perkahwinan, apakah perkara ini perlu difikirkan??
Perlu difikirkan sekiranya anda benar-benar bersedia untuk menghadapi satu kehidupan baru iaitu perkongsian hidup di antara dua orang yang tidak pernah dikenali. Perlu juga difikirkan sekiranya anda merasakan bahawa anda sudah bersedia untuk mengalas segala amanah dan tanggungjawab masa hadapan. Bagi ar-rijal, anda sepatutnya sedar betapa perkahwinan merupakan satu amanah yang bersar memandangkan andalah ketua keluarga pada masa hadapan, dan anda jugalah nohkoda kapal yang bakal menerajui kapal ke mana saja arah yang dituju.Bagi fatayat, anda sepatutnya sedar bahawa perkahwinan bukanlah kemuncak kepada percintaan anda tetapi permulaan kepada tanggungjawab anda untuk melahirkan generasi baru yang bakal lahir di atas muka bumi ini, dan anda jugalah harapan kepada semua manusia agar dapat mendidik generasi baru itu dengan memberi pendedahan yang bukan sekadar pendidikan dunia tetapi juga pendidikan akhirat.
Saya sangat gembira apabila mendapat berita dari seorang sahabat lama bahawa pada cuti sem akan datang dua sahabat saya akan diijabkabulkan. Kedua-duanya saya kenali walaupun kami tidaklah berapa rapat, namun saya pasti mereka mampu menghadapi bahtera perkahwinan ini dengan penuh berani. Ini kerana, saya dapat melihat perubahan mereka sebelum dan selepas zaman persekolahan. Dengan erti kata lain mereka cukup matang dalam berbicara soal perkahwinan dan saya pasti mereka sudah jelas dan memahami tentang kehidupan baru yang bakal ditempuhi kelak.
Saya juga dilontarkan dengan satu permasalahan apabila seseorang yang saya kenali mahu merapati sahabat saya. Tetapi malang sekali sahabat saya sudah berpunya. Walaupun telah diperjelaskan bahawa sahabat saya sudah berpunya, kecekalan untuk memiliki masih tinggi dan tidak pernah mahu berputus asa. Pinta saya, cubalah bermuhasabah seketika dan berdoa kepada yang Esa, andai dia diciptakan untuk kita sudah pasti ianya adalah untuk kita, jika tidak, pastinya Allah menciptakan seseorang yang lebih baik untuk kita. Walaupun ayat ini sering didengari tetapi apabila keinginan diekori oleh nafsu maka pertimbangan dan pemikiran dirasuki dan dimamah akhirnya setiap tindakan tanpa iman di dada. Kita memang pandai berkata-kata termasuklah juga saya namun apabila situasi sebegini menimpa kita, kita tidak mampu bertindak berdasarkan kata-kata itu tadi memandangkan kita dikuasai oleh nafsu.
Bercakap tentang soal perkahwinan, saya ingin mengaitkan dengan kematangan. Hampir setiap hari saya berfikir bagaimanakah caranya untuk menjadi seorang yang matang? Bagaimana kita mahu bertindak secara matang apabila tiba-tiba kita dirisik tanpa sebarang petanda? Bagaimana kita mahu bertindak secara matang apabila kita diajukan untuk membina mahligai kebahagian sedangkan kita tidak pernah berfikir mengenainya?
Pada kebiasaannya apabila hati lelaki sudah dimiliki mereka akan cuba untuk merapati dan seterusnya mengahwini. Tetapi berbeza bagi seorang perempuan yang akan memikirkan soal pelajaran, kesusahan yang bakal ditempuhi dan juga ketidaksediaan untuk menghadapi alam rumah tangga. Inilah yang akan menjadi permasalahan apabila si jejaka mencintai si dara yang mempunyai pemikiran ala-ala saya. Makanya, si jejaka seharusnya bersedia untuk ditolak dan berdoa serta memendam rasa, kalau benarlah dia milik anda selepas sahaja ijazah dirangkul cepat-cepatlah ke rumahnya untuk meminang.
Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah berdasarkan pemerhatian saya melalui perkongsian cerita saya bersama teman-teman.Andai saya telah melakukan kesalahan sama-samalah kita perbetulkan kerana saya bukanlah seorang kaunselor apatah lagi seorang pakar psychologist yang hebat menganalisis segala permasalahan yang timbul. Cuma saya cuba memerhatikan setiap kejadian dan makhluk ciptaan Allah di atas muka bumi ini.Manusia adalah ciptaan Allah yang hebat, apa kata kita sama-sama bertafakkur tentang makhluk ciptaan Allah ini.
Wallahualam.
17 Mac 2009, 6.45 am Uiam.

3 comments:
uik...da berpunya ke?...spe 2 jah?...huhu
jah,
sedang langit dan bumi ditadbir sempurna o Allah, apalagi hati yang berbolak balik. Minta bantuan pada empunya kuasa. Kalau tak fhm2 sgt org yg merisik tuh, letak tepi je. Nanti jd pening... haha
Cinta akan datang bila hati dibuka, Perkahwinan akan datang bila Jodoh tiba, Jgn rimas dan susah hati juga, Sebab Allah dah uruskan semua.
Mai blog saya : www.cahayalensa.blogspot.com
Post a Comment