Saya membuka emel,si dia masih tidak jenuh-jenuh mengirimkan emel nasihat dan artikel-artikel dakwah kepada saya. Pada permulaanya saya menerimanya dengan sikap terbuka, namun kadang-kadang tidak dinafikan hati kecil yang naïf ini tersentuh juga dengan tindakannya.
Sambil membaca emel, saya menekan butang alat kawalan jauh astro, mencari siaran yang berjaya mencuit hati saya. Akhirnya, saya memilih konsert akhir Akademi Fantasia 7. Sengaja saya mahu melihat gelagat pelajar-pelajar dari program realiti yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.
Kita sememangnya sangat hebat kerana dapat menghasilkan pelapis baru dalam bidang nyayian saban tahun sehinggakan kita mengalami kebanjiran penyanyi baru. Ini membuktikan betapa minatnya generasi muda terhadap dunia glamour.
Namun, bagaimana pula dengan dunia dakwah? Berapa ramaikah generasi baru yang sanggup terjun dalam industri dakwah? Adakah dakwah ini adalah tanggungjawab golongan pak ustaz dan pelajar jurusan agama sahaja?Bukankah seseorang itu akan diikitiraf sebagai pendakwah apabila dia mengucap dua kalimah syahadah.
Saya juga masih ragu-ragu apakah saya ini layak untuk berdakwah sedangkan saya sendiri tidak punya ilmu yang setinggi gunung. Terasa diri ini sangat kerdil dikalangan teman-teman lain yang qiamnya tidak pernah tinggal setiap malam,yang wudhunya tidak pernah putus, yang pergaulannya tidak pernah melangkau batasan, yang auratnya tidak pernah terselak.Walau bagaimanapun,saya percaya kita dilahirkan sebagai sebaik-baik makhluk yang diciptakan untuk menjadi contoh. Saya juga percaya kita mampu memahami dan mengenal Allah apabila kita cuba mencari dan menyampaikan kepada orang lain.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.
[‘Ali ‘Imran, 3 : 110]
Jika anda mahu memahami tentang tajuk sejarah menuntut kemerdekaan, anda bukan sahaja perlu membaca secara terperinci untuk diri sendiri malah anda perlu sebarkan dan huraikan kepada orang lain bagi menguji tahap kefahaman anda.Inilah kenikmatan yang dirasai, anda bukan sahaja memberi kepada diri sendiri malah menyumbang kepada orang lain.
Ayuh, marilah kita sama-sama mencari jalan untuk meningkatkan lagi kefahaman kita tentang Allah, mencari nur yang sebenar, bukan dunia glamor yang mendapat tempat dihati masyarakat tetapi mencari tempat kita di mata tuhan yang ESA. Semoga kita mampu menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya, InsyaAllah..


7 comments:
“Yang lebih aku fikirkan adalah untuk berkongsi “nikmat” dakwah yang aku rasakan, berbanding memikirkan “layakkah” aku untuk menyampaikan dakwah kepada mereka?
Persoalannya –pada aku- sejak dari dulu ialah persoalan dan keinginan untuk bagaimana mahu “memberi”, berbanding sesetengah orang yang asyik dengan persoalan “layak” atau tidak.
Seperti ketika aku menjadi suami kepada isteriku yang sedang mengandung. Aku lebih asyik memikirkan bagaimana aku mahu “memberi” kepada anak-anakku, berbanding hampa dengan persoalan “layakkah aku menjadi seorang ayah”?
“Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada
seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.”
Mungkin inilah penghayatanku terhadap hadithnya Baginda Nabi
“Sampaikanlah daripadaku biarpun sepotong ayat.”
Jika kepetahan adalah criteria kelayakannya (untuk berdakwah), apakah Nabi ALLAH Musa layak berdakwah, sedang ia sendiri memohon kepada ALLAH dengan doa kefasihan lidah (doa “Rabbisy rahli shadri..”) serta dilantiknya Harun sebagai pembantu, yang lebih petah berbanding dirinya? Jika kecukupan ilmu adalah syaratnya (untuk berdakwah), bukankah kerana tidak cukup ilmu itulah, ALLAH perintahkan Musa untuk mencari Khidir? Namun, kerana soalnya dakwah ialah “memberi”, maka Musalah yang terpilih untuk menyampaikan dakwah, bukan Khidir, kepada “mad’u (objek dakwah) yang paling sulit sekali”: Firaun!
Nah, apakah aku sekarang merasa lebih besar daripada Musa, sedang ia –dengan segala kekurangannya- berhadapan dengan Firaun, sedang aku,
hanya berhadapan dengan manusia biasa.”
yup....................
berdakwah untuk mengubah diri dan membantu orang lain....
barulah kenikmatan dakwah itu dapat kita rasai..
Pada pendapat saya, dakwah jgn di sempitkan dengan membaca hadis dan potongan ayat2 suci al-Qurán semata. Jika sekadar memberi info juga rasa merangkumi bidang dakwah.
Contohnya ada seorang sahabat saya, seorang cina, bertanya kepada saya, kalau saya convert Islam, perlu ke tukar nama?
Saya cakap, tak perlu, tapi jika nama anda maksud tak elok,perlulah ditukar. Mungkin ada nama Muslim baru, tapi nama lama masih boleh diguna.
Lepas tu ditanya saya, kalau orang non-muslim yang bertatu, mahu convert, perlukah di buang dahulu?
Saya pun jawablah berdasarkan artikel yang saya baca, saya cakap, tak perlu sekira itu menyakitkan dan orang itu bertaubat dan menginsafi dengan segala perlakuan yang telah dilakukan dahulu. Tapi kalau boleh dibuang pun, bagus juga. Tapi tidak dipaksa untuk membuangnya.
Tiba-tiba, terkeluar dari mulut sahabat saya, "Mudahnya jadi Muslim".
Hanya Tuhan saja yang tahu bila mendengar ungkapan itu. Mungkin bunyi seperti remeh, tapi sekurang-kurangnya telah di tanam di dalam diri bahawa menjadi Muslim adalah mudah, dan tiada paksaan untuk menjadi Muslim. Sesungguhnya Allah tidak pernah menyusahkan hambaNya untuk melakukan kebaikan.
Kalau berjalan-jalan dengan kawan2 yang solatnya sangatlah liat, jika boleh diajak untuk bersolat bila masuk waktu, dan sahabat mengikut walaupun terpaksa, bukankah sudah jadi dakwah?
Jika itu belum dikira dakwah, maka penuhlah pejabat PERKIM kerana semua mahu jadi "pendakwah sepenuh masa."
yup....
saya juga bersetuju..
jangan jadikan ianya susah
kerana boleh menyebabkan non muslim susah untuk menerimanya
saya juga mempunyai ramai teman non muslim memandangkan saya dulu bersekolah cina...
satu hari datang seorang sahabat kpada saya bertanyakan tentang memakai tudung..
saya katakan padanya apabila anda mahu bergelar seorang islam....
penuhi dulu ilmu dan keyakinan tentang islam di dalam diri, perkemaskan aqidah mereka dahulu,
apabila kuatnya di dalam maka hiasi la di luar agar nampak sempurna...
alhamdulilah sekarang dia sudah bergelar muslim...
islam itu indah
inilah masalah yang muda mudi sekarang
keyakinan terhadap islam dan tuhan itu sendiri tidak wujud...
jika kita hanya solat dan puasa
tetapi bila ditimpa bencana kita merungut...kita sebenarnya lebih kurang samanya dengan orang yang tidak solat..yakinlah dan cintailah islam itu sendiri...barulah kita dapat merasai kenikmatan menjadi seorang muslim...
p:s
cu,aku nak bc blog ko gak....awat xleh bukak??
maaf...bukan utk bacaan umum!
mmg xbleh bukak pon...sy xde blog la akak oi
xpelah cam tue
Post a Comment