Assalamualaikum,
Salam bulan muharram, salam semester baru dan salam tahun ketiga...
Lama saya tidak mengemaskini blog, tidak mahu jadikan masa sebagai faktor. Sememangnya
saya sengaja tidak mengemaskini blog untuk semester yang lepas. Bagi saya, untuk
berbicara, biarlah ia dapat dimanfaatkan kepada semua. Satu semester saya jadikan masa
untuk meningkatkan pengetahuan saya. Mencari ilmu yang bukan dalam silibus diusahakan
sehabis mungkin. Melonjak gembira apabila buku ini tiba di rumah berserta tanda tangan
penulisnya. Saya sangat mengagumi anak muda ini, bukan kerana jawatan yang dipegangnya
sekarang, bukan juga kerana kemenangannya semasa pilihanraya yang lepas. Tapi , kerana
ilmu dan pandangan yang beliau ada membuatkan saya cukup teruja apabila buku ini sampai
ke tangan saya dalam bungkusan kiriman pos . Terima kasih kepada abah yang sangat memahami...


0 comments:
Post a Comment