Di saat aku tulis blog,aku tgh duduk jaga kaunter kat kedai family aku..Terpandanglah student uitm yang baru balik dari kelas nak singgah makan nasi kukus,nasi ayam,n masakan panas.Erm,aku recall balik apa yang Kamal bagitau,best student kat sekolah aku.Dia bagitau kekesalan bila dia tgk ramai yang tak berpakaian menutup aurah.Pelajar perempuan itu hanya berpakaian t-shirt lengan pendek,adus!! lengan pendek ker??? bagi aku la baju lengan pendek selalu lengan tue panjang la jugak..Tapi t-shirt yang pelajar2 nie pakai adalah baju yang lengan sangat2 pendek,,bawah bahu sikit jer..Baju tue sangat2 fix sampaikan kalau duduk memang nampak la bahagian belakang sebab baju tue akan jadi terangkat bila duduk.Ditambah pula dengan rambut yang panjang mengurai dan diwarnakan mengikut warna trend sekarang..ala2 perang la kot..Nak kata macam Angelina Jolie pun,x serupa,nak kate macam jennifer garner pun x sama juga..Adus,nie lah remaja zaman sekarang..
Uish,aku pun tak tau nak cakap macam mana??Aku tau sepatutnya aku tegur diorg sumer kan,tapi aku fikir kalau aku tegur..Alamak,lingkup la kedai family aku x de orang nak datang..Aku hanya mampu berdoa semoga ALLAH membuka pintu hati mereka..
Sebenarnya,aku dah jumpa ramai orang yang sebaya aku,tapi pemikirannya sangat tidak matang.Aku pernah jumpa beberapa remaja yang datang kedai family aku dating..Huh,Allah saja yang tau macam mana gaya dan cara diorg dating..Mata bertentang mata,tangan berpautan,kaki kat bawah silang-menyilang,aku yang tgk nie pun dah naik geli..MAsyaAllah,nie ke generasi akhir zaman..Sepatutnya mereka kena sedar betapa Allah melarang menghampiri zina..bukan sahaja buat zina tapi melakukan zina pun x boleh kan...
Kekadang aku terfikir sendiri macam mana nak mengubah nasib generasi sekarang..Tapi aku tau bukan mudah kan nak mengubah,nak memberi hidayah.Kerana hanya Allah yang boleh membuka pintu hati dan memberi hidayah kepada mereka
Jadi,aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa...
Breath for Islam



0 comments:
Post a Comment