Sebenarnya kehendak hati ingin menulis mengenai pergolakan politik yang semakin hari semakin haru biru.Entahlah, dimanakah silapnya..Semua orang bergaduh sesama sendiri hanya kerana mahu merebut “kuasa”. Ada benarnya apa yang diutarakan oleh Sir Muhiyuddin semasa kelas sains politik,
“People in this world are seeking for power.”
Saya terfikir sejenak bukankah di dalam dunia ini semua orang bercita-cita untuk menjadi kaya. Seusai kelas tamat barulah saya menemui jawapan kepada persoalan saya tadi.
People in this world prefer power than wealth because power bring satisfaction. If we realize many of the politicians have their own good profesions. But they rather choose to be a politicians because they want to have power.
Saya tidak menafikan ada segelintir ahli politik yang memperjuangkan agama.bangsa dan negara. Namun setakat mana perjuangan itu sukar untuk buktikan….
*********************************************************************************
Antara cita-cita dan ketaatan. Saya kebingungan. Jika saya adalah adik saya sudah tentu saya tidak perlu bersusah payah memikirkan persoalan ini. Jawapan adik saya sudah tentu ketaatan yang didahulukan.
Kadang-kadang kita tidak dapat memenuhi harapan dan keinginan orang lain terhadap kita. Melakukan dua kerja dalam satu masa bukanlah satu kerja yang mudah. Kita perlukan pengorbanan dan komitmen yang sungguh-sungguh Sudah pasti dalam memenuh kehendak orang lain kehendak kita sendiri akan diabaikan.
Menjadi pelajar sains politik adalah sukar. Pembacaan buku yang banyak, mengambil tahu perkembangan isu semasa sama ada dalam dan luar negara adalah setu kewajipan bagi kami. Terdetik juga di hati rasa kesyukuran kerana Sir Muhiyuddin yang mengajar saya sains politik. Jika ditanya kepada mana-mana pelajar sains kemanusiaan di Pusat Asasi Uia sudah pasti mereka akan mengatakan cara pengajaran yang diajar oleh Sir sangatlah membebankan sehinggakan segelintir kawan saya melabelkan subjek ini amatlah sukar. Tetapi sekiranya kita mempunyai kesungguhan dan minat yang tinggi kesemua kepayahan dapat kita harungi.
Persoalan yang masih terbuku di hati saya masih belum dapat dijawab.Antara cita-cita dan ketaatan..Mungkin akan ada yang tertanya-tanya apakah maksud di sebalik ayat ini. Biarlah ianya menjadi satu rahsia antara saya dan dia.Tapi saya pasti, saya akan penuhi jua hasratnya selain keinginan saya dituruti..
P/s: Teringat pula sms yang ditulis oleh sarah kepada dia
Innallaha yarzukumayyashaaibaioghoirihisab
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada siapa yang DIA
kehendaki tanoa perhitungan
Surah Ali-Imran
Namun, adakah dia mengerti??

0 comments:
Post a Comment