Bismillahirrahmanirrahim…
Mohon maaf andai ada yang tidak bersetuju, sekadar inginkan penulisan yang santai.. Lewat malam semalam, saya drive pulang ke rumah dari kedai bersama angah dan mama. Sempat kami berborak mengenai satu isu yang sememangnya parah…
Bercakap tentang darjat, kekayaan, harta, ego, status dan apa sahaja yang boleh meningkatkan imej manusia di mata masyarakat, saya sangat kagum dengan masyarakat kampung pada hari ini. Lagaknya bersahaja, tanpa berkot mewah, tanpa berseluar berjenama, sekadar berkain pelikat dan baju lusuh. Pagi-pagi lagi mereka keluar ke sawah becucuk tanam, menangkap ikan. (begitulah nenek dan atuk saya di kampung)
Berbeza dengan masyarakat pada hari ini yang mendahulukan status dan imej, jika tanggapan saya salah masakan ada yang berkata, biar papa asal bergaya. Saya bukanlah dari golongan kaya mahupun golongan miskin, sekadar berada di tengah-tengah.
Bukan bermaksud saya mahu mengutuk golongan kaya mahu menghina golongan miskin, tapi bagi saya ukurlah baju di badan sendiri sebelum melakukan sesuatu.Masyarakat pada hari ini jika dilihat sanggup bergaya dan berlagak kaya padahal di kocek satu habuk pun tak ada.
Apa manfaatnya?? Saya pun tidak mengerti..Kagum saya pada pasangan suami isteri semasa saya ke bank dua hari lepas. Pinta si suami kepada saya : “ Nak, boleh tolong isikan pada pakcik borang untuk masukkan duit? ” Saya sekadar mengangguk dan bertanya : “berapa ratus pak cik nak bank in kan duit? “ Kedua-dua menjawab : “ 8 ribu nak.” Nak terkejut pun saya dah biasa sebab nenek dan atuk saya pun seperti mereka, tidak pandai membaca menulis dan hanya berpakaian biasa, tapi jika ditanya berapa wang di bank, mungkin sudah berjuta agaknya.
Itulah hakikatnya, ragam manusia sukar untuk dibaca.Bukalah mata, usahlah bersandiwara, jika benar duit tiada janganlah pula berlagak ada, siapa pun kita terimalah seadanya. Lagi bagus kita merendah diri, biarlah orang tidak tahu berapa juta duit yang kita ada kerana duit itu tidak boleh dibawa kemana-mana..


0 comments:
Post a Comment