Home

Saturday, May 23, 2009

Waeng Thailand

Pada hari Jumaat yang lepas, pagi-pagi lagi abah kejutkan kami adik-beradik (semua ade kat umah kecuali abe) supaya bingkas bangun. Kebiasaannya pada hujung minggu kami akan menyambung tidur selepas solat subuh (biase la dak sekolah asrama), tapi tidak pada minggu ini. Kata abah, mahu kami breakfast nasi kerabu ayam bakar di Tanah Merah.

Kami pun apa lagi cepat-cepat mandi dek kerana abah dah membebel. Kami hanya berpakaian t-shirt berseluar track dan berselipar jepun (ala,bukannye nak pegi mane pon,pegi makan jerk).Setibanya di Tanah Merah,kedai itu tutup, abah pun memecut la Honda Stream ke Pasir Mas.

Selepas makan nasi kerabu ayam bakar di Pasir Mas, fikir kami tentu saja abah mahu balik,(yela takkan nak pegi umah tok we kat rantau panjang kowt sebab tok we xdok). Tetapi sangkaan kami meleset apabila abah memandu ke Rantau Panjang.Apabila masuk sahaja bandar Rantau Panjang, abah mengajak kami ke Waeng, tanpa dirancang dan tanpa passport kami menyeberangi Sungai Golok ke Waeng.

Sudah lama rasanya tidak menjenguk saudara-mara di Thailand,jikalau dulu selalu sahaja saya ke sana setiap kali tiba hari raya. Selepas pergolakan yang berlaku di selatan Thailand, kami jarang ke sana kerana memikirkan tentang keselamatan kami.(mana tidaknya asyik kena bom jerk)

Sepanjang perjalanan ke Waeng mama tidak henti-henti menceritakan tentang kehidupan dia semasa zaman kanak-kanak. Kami hanya mendengar sambil memerhatikan kawasan hijau dari dalam kereta. Dari Golok ke Waeng kami telah melalui lebih kurang lima sekatan polis,(ana kat tepi cuak takut polis cek).

Sampai sahaja di Waeng, kami menziarahi beberapa buah rumah saudara mara mama di sana. Berikut adalah gambar-gambar kami:












2 comments:

Mocha Ghost said...

waa, best ek ada sedara alik sana? ambo baru skali g alik tu

faizah said...

hehe..if nak pegi oyak la
buleh jah gi bwok

Related Posts with Thumbnails