Home

Thursday, February 4, 2010

Bicara selepas pulang dari ISTAC

Dengan nama Allah yang maha penyayang lagi maha pengasihani

Lelah baru balik dari ISTAC untuk persidangan antarabangsa “Good Governance” masih belum hilang, sengaja mahu bercerita, berkongsi cerita menarik yang dapat saya kutip selama saya di sana. Tapi cerita saya sedikit tidak menyentuh tentang persidangan tersebut.

Saya merupakan ahli jawatankuasa untuk persidangan tersebut. Selama di sana sempat saya berbual dengan beberapa teman seuniversiti tapi tidak senegara. Teman-teman saya ini datangnya dari Indonesia. Saya mengambil peluang yang ada untuk berkongsi dan saling bertukar pandangan.

Sebelum saya memulakan bicara, saya teringat diskusi saya dengan seorang pemandu teksi dari Medan, Indonesia. Dia memberitahu saya tentang pendidikan agama di Malaysia masih belum dapat menandingi pendidikan agama di Indonesia. Persoalan demi persoalan bermain di fikiran saya selepas turun dari teksi tersebut. Saya mengunakan masa dua hari di ISTAC membicarakan soal ini dengan teman-teman saya. Lagak teman-teman saya ini persis seperti pelajar Malaysia lain, berkemeja, bertali leher, dan berseluar hitam, dan mereka senang berbual dengan teman-teman yang bukan sejantina dengan mereka. Bila saya tanyakan soalan tentang pesantren-pesantren dan pembelajaran di sana, mereka ceritakan kepada satu persatu. Hal ini membuatkan saya tertanya-tanya bagaimana mungkin mereka bisa ceritakan dengan penuh terperinci.

Lantas, saya  soal mereka,

Faizah :“ Apa kamu berdua tidak menuntut di pesantren?”

Mereka :“ Kami juga menuntut di sana kok. Hamper 4 tahun disana, kami dituntut untuk belajar dan member ajaran di hadapan audien.”

Faizah : “Wah, hebat tuh. Tapi gaya kamu nggak seperti gitu sih”

Mereka : “ Kami dari madrasah yang moderate saja, ada madrasah yang diajar oleh golongan salafi,yang tue berbeda dengan kami.”

Faizah : "Kamu belajar apa disana? bedanya macam mana?"

Mereka :" Kami belajar kitab seperti kitab thurath tapi kami hanya belajar seperti summary dan pengajaran sahaja, jika madrasah salafi mereka belajar dan mendalami secara terperinci dan ambil masa bertahun-tahun lamanya."

Faizah :" Yang mengajar itu gajinya dibayar ya?"

Mereka :" Di Indonesia lain kok, jika di sana sesiapa yang ada ilmu akan mengajarnya secara free, kalau yang mengajar Quran untuk kanak-kanak kecil dari maghrib sampai Isya, hanya dibayar RM3 (harga Malaysia) untuk sebulan."

Faizah : “ 0oo, saya tertarik mahu ke Indonesia, tapi bukan untuk shopping la , mau melihat pesantren disana dan pendidikan agama di sana.”

Mereka : “ Ya. Silakan. Tun Mahathir juga sudah omong semalam, kalau ke Indonesia, jangan hanya ke Bali,Bandung mahupun, Jakarta, jelajah negeri lain.”

Faizah : “ InsyaAllah, jika ada rezeki.”

P:S
Masih banyak topic yang saya bualkan…..
Tunggu entri lain ya…!




Saya gemar berbicara dengan pelajar yang bukan dari negara saya, mahu mendapat sedikit ilmu dan pandangan dari mereka, pernah saya berbicara dengan pelajar dari Narathiwat katanya apa yang dilihat di dada-dada akhbar tentang selatan Thailand itu banyak bohong dari benar. Pernah juga saya berbicara dengan pelajar Somalia, dan mereka begitu bercita-cita tinggi mahu mengubah pentadbiran negara mereka agar lebih dimiliki oleh rakyat akan kesenangan. Saya doakan impian mereka tercapai.amin..

0 comments:

Related Posts with Thumbnails