Home

Monday, February 22, 2010

Tanggungjawab yang dilepaskan

Salam mengingati bulan kelahiran nabi junjungan , Muhammad S.A.W

Lama saya tidak menulis gara-gara laptop saya yang dimasukki virus, banyak yang ingin saya kongsikan bersama. Namun, biarlah saya curahkan satu persatu. Kebelakangan ini, saya sangat sibuk menguruskan satu program persatuan perlajar Uiam. Sebagai pelajar, kita sebolehnya mahu mempelajari sebanyak ilmu sementalah kita di universiti. Universiti bukan sahaja satu tempat pembelajaran untuk kursus yang kita pelajari, universiti juga merupakan satu tempat yang membolehkan kita mengasah ilmu kepimpinan.

Bulan ini bulan kelahiran nabi, maka mari kita mengenang sifat-sifat yang ada pada nabi, bukankah nabi itu dikenali sebagai Al-Amin? Nabi merupakan seorang pemimpin yang sangat amanah sehinggakan musuh turut mengakuinya. Seorang pemimpin itu bukan dipilih melalui kekayaan hartanya tapi dinilai melalui bakat, sifat, dan komitmennya dalam melaksanakan tugasan kepada Tuhannya. Seorang pemimpin itu bukan tugasannya menyuruh orang bawahan untuk mengikut segala perintahnya tetapi dia adalah hamba kepada orang yang dipimpinnya. Hamba di sini merujuk kepada sifatnya yang perlu menunaikan segala keperluan orang yang dipimpin dan memberi segala tunjuk ajar sebaik mungkin.

Bercakap soal kepimpinan sudah pasti kita tidak akan lari dengan tanggungjawab. Semasa saya menguruskan forum pertama saya di Uiam, saya sempat memerhati dan berfikir setiap tingkah laku sahabat-sahabat yang turut sama terlibat dalam program di bawah kepimpinan saya. Sejauh mana seorang pemimpin itu memahami tanggungjawab yang dipikul? Apakah tanggungjawab hanya ada pada seorang ketua? Perlukah sikap tanggungjawab dalam setiap individu yang dipimpin?

Jawapan kepada persoalan saya terjawab setelah saya membaca buku Guidance For Good Governance yang dibeli semasa Persidangan Antarabangsa Good Governance di ISTAC. Saya tertarik dengan ayat di Bab Pertama “Quranic Guidance on Good Governance”, pada bahagian ini penulis menceritakan tentang kepercayaan seorang muslim tentang kepercayaan kepada keesaan Tuhan. Muslim percaya bahawa hanya Allah, Tuhan sekalian alam, Hanya Allah Yang Esa. Apabila wujud kepercayaan tentang Tawhid maka seseorang itu bukan sahaja akan merasai tanggungjawab kepada dirinya, malah kepada orang di sekelilingnya termasuklah binatang, tumbuhan dan segala kejadian ciptaan Allah.

The Quran mention the trust (amanah) given to mankind- a trust that the heavens, the earth, and mountain refused to accept because they were afraid of its heavy burden. (33:72)- which requires the establishment of justice in society (4:58). Amanah is basically is a contarct between God and man on man’s role in history. It defines man’s rights and responsibilities in relation to all other humans and his environment and the rest of God’s creation. (Guidance of Good Governance- page 20)

Saya belek lagi buku tersebut dan saya terbaca lagi:

“Since no individual can survive alone, the personal needs of individual nessiitate human cooperation in society. The community as a whole becomes responsible for the accomplishment of the trust. However, no meaningful, extensive and long lasting cooperation is possible without an effective government and good governance usually leads to establishment of civilization.” (Guidance of Good Governance- page 22)

Buku tersebut sarat dengan huraian sifat amanah (tanggungjawab) dalam bab pertama. Saya tahu buku tersebut menceritakan tentang kepentingan tanggungjawab dalam melahirkan sebuah negara yang tinggi nilainya, namun saya juga merasakan sifat itu boleh diaplikasi oleh setiap individu dalam pelbagai bidang termasuklah bidang kepimpinan.

Saya melihat majoriti daripada kita masih belum mempunyai kesedaran tentang sifat tanggungjawab. Mungkin inilah antara faktor yang menjurus kepada korupsi dalam kalangan pemimpin kita. Sebagai seorang pemimpin, kita harus menyedari bahawa kita berada di tengah-tengah sempadan yang memungkinkan kita tergelincir ke neraka atau melangkah ke syurga.

Saya sering kali mengatakan kepada diri saya, “ Faizah, setiap kerja yang diberi oleh kamu adalah satu tanggungjawab maka kerjakanlah sebaik mungkin.” Saya sering mengingatkan kepada sahabat-sahabat saya, “Jika awak merasakan tidak mampu untuk memberi komitmen terhadap tugasan ini, maka jangan awak libatkan diri dengannya, kerana awak harus ingat setelah awak menerima sesuatu tugasan, ia merupakan satu amanah.”

Hakikatnya, masih ramai yang tidak menyedari dan masih ramai yang belum mampu melaksanakan kerja sebaik mungkin. Saya tidak menyalahkan golongan yang tidak mampu melakukan sesuatu dengan baik, kerana saya percaya setiap manusia punya tahap kemampuannya, mungkin dia telah melakukan yang terbaik namun hasil yang diperolehi tidak sebaik dengan usahanya. Namun, yang saya kesali adalah masih wujud manusia yang menerima tugasan tanpa melaksanakannya. Akhirnya, tugasan dia terpaksa diselesaikan oleh orang lain. Sedarilah, setiap tanggungjawab yang tidak ditunaikan akan dihitung di akhirat kelak………

0 comments:

Related Posts with Thumbnails