Dengan Nama Allah yang amat aku cintai…
Aisyah memandang nota lekat yang ditampal di papan belajarnya, nota ter sebut berbunyi :
“Dengan Hanya mengingati Allah hati ini akan menjadi tenang.” Surah ar-raad ayat 28
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus perlahan-perlahan, benarlah ! Hanya mengingati Allah sahaja hati ini mampu hilang daripada kusut keresahan.
Aisyah mengimbau kejadian malam tersebut….
Usai sahaja menduduki peperiksaan pertengahan semester untuk subjek Undang-undang, Aisyah tidak ke tempat lain tapi terus sahaja pulang ke bilik. Masih ada beberapa topik subjek Pentadbiran Awam yang perlu dibaca untuk persediaan kuiz .Sedang Aisyah asyik mengulang kaji, perutnya berkeroncong meminta makanan. Baru dia teringat, perutnya hanya diisi dengan kuih petang tadi. Dia mengambil maggi Adabi yang dibelinya beberapa hari yang lepas bersama bekas makanan dan keluar menuju bilik rakannya.
Aisyah : “ Aku lapar la, nak pinjam heater nak masak air.”
Alia : “ Ko buat la sendiri yer.”
Tiba-tiba, seorang lagi rakannya, Amani yang baru sahaja keluar dari kamar mandi menerkup muka dan terus berbaring di atas katil sambil menangis dengan kuatnya.
Alia : “ Kenape?” (dengan nada yang perlahan sambil menunjuk-nunjuk supaya dia memujuk)
Aisyah : “ Mana aku tau, aku x reti r pujuk orang. Biarlah dia cool dulu, aku nak makan maggi.”
Alia memujuk-mujuk Amani yang sedang menangis supaya berkongsi cerita bersama mereka. Al-maklumlah, masalah jika dipendam sendiri, perit rasanya. Namun, Aisyah tetap dengan selambanya menghabiskan maggi goreng segera tanpa menghiraukan mereka berdua. Fikirnya, mungkin Amani bergaduh dengan teman lelakinya, lebih elok jika tidak campur tangan dalam urusan peribadi. Setelah habis makan, Aisyah balik ke bilik dan membiarkan kejadian tersebut.
Di meja belajar, Aisyah mencapai telefon bimbit dan menaip mesej sms untuk dihantar kepada Alia. Mesej berbunyi :
“Aku rasa kan dia gaduh ngan Mahmud la, haih, jangan kata si Mahmud tue buat hal cari perempuan lain sudah.”
Terus, dia menekan papan kekunci telefon bimbit Nokianya untuk dihantar ke nombor Alia. Kesilapan yang selalu Aisyah lakukan, (dia ni selalu silap hantar mesej) mesej yang sepatutnya dihantar ke Alia dihantar ke Amani. Tapi Aisyah men”cover” kesilapannya dengan menghantar satu lagi mesej kepada Amani.
“Alamak! Aku silap anta. Ko nape?”
Perbualan mereka bermula menerusi sms :
Amani : “Bukan pasal Mahmud la, dia ok jer, yang tak ok aku ni ha.”
Amani : “ Aku rasa aku ni jahat la, aku tak patut hidup atas dunia nie, semua orang tak suka aku.”
Aisyah : “ Ceh! Aku ingatkan ko gaduh ngan boyfren ko. Yang ko rasa diri ko jahat sangat ni nape? Setiap manusia itu dilahirkan baik-baik je semua.”
Amani : “ Ye, aku tau, masalahnya semua orang x percaya kat aku, apa yang aku kata semua orang xnak dengar, aku tahulah aku jahil, tapi siapa diorang nak judge aku, Allah je boleh menilai aku.”
Aisyah : “ Herm, hati manusia kita xtau, dah kata rambut sama hitam hati lain-lain. People just look at you and judge u by looking at your appearance. Biarlah orang nak cakap ape, aku pon pernah alami benda yang sama, kalau ko nak kesahkan apa yang orang cakap, ko x akan ke mana.”
Amani : “Aku nak berubah dan aku try untuk berubah. Ko faham x ?”
Aisyah : “ Ya, aku tahu. Ingat x, lepas tazkirah daripada Sharifah lepas solat maghrib, tazkirah pasal pintu hidayah, ko ada tanya aku dalam bilik air, aku tahu ko akan berubah but u need time to change, mungkin suatu hari nanti ko jadi lagi baik dari aku. Ingat, Amani, kalo ko nak berubah iman dan dalaman mesti kuat, kalo sekarang ko kesah dengan kata-kata orang, it means ko belum cukup kuat lagi, cabaran selepas ko berubah mungkin jadi lagi besar, that y aku selalu kata kuatkan diri dulu.”
Amani : “ Tapi..”
Aisyah : “ Ko ni nape? Sape yang duk sound ko nie? Dah-dah syaitan banyak sangat ni, gi amik wudhu, soalt sunat dua rakaat, baca Quran.”
Amani : “ Aku x reti solat sunat.”
Aisyah : “ Ala, macam solat subuh , jangan buat qunut sudah. Rakaat pertama baca al-fatihah dan al-kafirun, rakaat kedua baca al-fatihah dan al-ikhlas. Last sujud, sujud lama-lama, bercakap dengan Allah, jangan cakap betul2 kang batal solat, cakap dalam hati, nangis pun xpe, Allah dengar doa hamba dia mase sujud, signifikan dia, kita nie kecik je mase sujud.”
Amani : “Okeh..”
Aisyah : “ Tutup lampu sekali.”
Setelah beberapa ketika, Aisyah menghantar sms lagi.
Aisyah : “ Dah habis semua, pegi tidur, mengiring ke kanan, istighfar dan selawat sampai tertidur. Syaitan dan bergelimpangan lari dah tue”
Amani : “ Haha. Terima kasih Aisyah, ko baik sangat semoga Allah membalas jasa ko dari pihak aku.”
Aisyah : “ Hikmah kejadian ko belajar solat sunat, dah aku nak study.Chow, Nite”
Amani : “ Nite”
Malam itu, Aisyah merasakan lapang dan gembira sekali. Mungkin kerana sudah hampir tiga tahun Aisyah bersahabat dengan Amani. Mungkin kerana dia sentiasa memerhatikan perubahan yang berlaku sedikit demi sedikit ke atas diri Amani. Aisyah ingat sewaktu dia di matrik, tekadnya untuk melihat perubahan pada Amani sangat kuat, bukan kerana Amani sangat jahil dan sudah rosak akhlaknya, tetapi kerana dia dapat merasai betapa Amani mempunyai keazaman yang kuat untuk berubah. Berubah untuk menjadi lebih baik dari dirinya sekarang.
Manusia itu mampu berubah andai manusia punya kekuatan dan kesungguhan..

2 comments:
pengalaman?
beruntung kamu dapat saksikan kebolehan manusia merubah diri-rohani jasmani
salam...
maksud kamu?
bukan cerita saya...
sebuah cerita yang diceritakan
Post a Comment