Home

Thursday, April 8, 2010

Pintu hidayah mengetuknya

Bismillahirrahmanirahhim….

Saya menulis entri ini di rumah. Ketika entri ini ditulis hanya saya seorang sahaja anak yang berada di rumah bersama kedua-dua ibu bapa saya, adik-adik yang lain bersekolah. Terasa sunyi, membuatkan saya berfikir, abah dan mama sudah lanjut usia rupanya.

Penulisan entri kali ini berkisar tentang kehidupan orang lain, orang yang saya sudah lama saksikan perubahan yang dilakukan oleh mereka. Sebelum saya bercerita lanjut, ingin saya tekankan ini bukanlah satu penyelidikan, bukan juga eksperimen. Perubahan yang saya saksikan hanyalah berdasarkan pemerhatian saya secara luaran sahaja, sekadar perkongsian untuk rujukan semua.

“What leads you to change?”

Satu soalan mudah yang saya selalu ajukan kepada mereka yang berjaya melakukan perubahan. Perubahan yang saya maksudkan adalah perubahan daripada keburukan kepada kebaikan, itu sudah pasti. Kebanyakan jawapan yang diberi (secara spontan dari mereka) adalah individu. Individu lain yang menjadi kekuatan untuk dia berubah, individu yang menjadikan perubahan yang ingin mereka lakukan itu satu realiti. Individu yang mereka maksudkan seperti ibu bapa, sahabat-sahabat, guru-guru, teman istimewa mahupun tokoh-tokoh yang telah berjaya. Itu kehendak mereka untuk menjadikan seseorang sebagai pemangkin atau peransang.

Namun, saya tertarik dengan jawapan (secara spontan) yang diberikan oleh seorang sahabat. Izinkan saya bercerita serba sedikit tentang dirinya. Nantikan jawapannya  di pengakhir cerita.

Saya mengenali beliau semasa minggu orientasi, slot malam kebudayaan. Beliau secara sukarela hadir ke atas pentas untuk melakonkan satu watak. Ketika itu saya hanya mengenalinya sebagai pelajar antarabangsa yang lahir di negara kelahiran nenek saya. Setelah selesai minggu orientasi, saya tidak lagi berselisih, berjumpa atau menemuinya walaupun kami merupakan pelajar kursus pengajian yang sama.

Semester ketiga, kelas pertama, subjek Perbandingan Politik, kelibat yang sama yang muncul di atas pentas melangkah masuk ke dalam kelas. Penampilannya masih sama seperti pelajar lain, berkemeja dan berseluar slack. Yang beza hanyalah ada kopiah di kepalanya dan ada tanda hitam di dahinya. Fikir saya, khabar angin itu benar!

Penghujung semester ketiga, saya diberitahu oleh seorang sahabat saya bahawa ada seorang ahli baru yang akan menyertai persatuan kami. Susuk tubuh itu yang hadir di OR kami. Satu hari, semasa ahli persatuan termasuk saya dan dia sedang menunggu kehadiran pelajar dari Universiti Yala, Thailand, saya gunakan kesempatan yang ada untuk bertanyakan satu soalan kepadanya.

“What leads you to change? I heard from others that you change, and it’s true you change.”

“Rumours about me! Submission, Islam means submission, right.”

Dia melangkah pergi dengan senyuman dan saya terdiam. Beberapa hari selepas itu, saya masih belum berpuas hati dan menghantar sms bertanyakan soalan yang sama. Setelah membaca jawapannya, saya panjatkan kesyukuran dan berdoa semoga dia sentiasa di jalan yang benar. Jawapan yang sangat  biasa tetapi saya tersentuh.

Alhamdulillah sister,

Actually jihad with your nafs is considered the best jihad. Thus, of course it is very hard to do it. But you have to set your goal in your mind. In order to change you have to plan first. Strategy is very important. First, learn Islam more and more through books and ask advices from lecturers. Believe me, if you start doing it seriously and frequently you will close with your deen more. Everything is depend on you, when you want submit yourself to Allah. Islam is submission. May Allah leads you to the guidance and be a good muslimah and example for the other ummah. InshaAllah.

Teringat saya slot Tafaqquf fideen di saluran 97.5 kawasan Lembah Klang. Sejak meninggalkan bumi Smap, stesen radio ini sudah tidak menjadi pilihan sehinggalah baru-baru ini saya kembali "melayan". Dalam slot tersebut, seorang ustaz (lupa nama) telah membedah sebuah buku karya Imam Al-Ghazali yang bertajuk "Bidayatul Hidayah". Antara isi penting yang dapat saya perolehi (slot itu panjang lagi, baru bedah sampai muka surat 20) adalah,

Ada 3 golongan yang menuntut ilmu:
1. menuntut ilmu untuk mencari redha Allah
2. menuntut ilmu untuk mendapat nikmat dan kesenangan di dunia, dan dia sedar niatnya salah

3. menuntut ilmu untuk mendapat harta, status dan pengikut, tetapi dia tidak sedar niatnya malah merasakan apa yang dia lakukan itu betul.

Soalan: Apakah hidayah itu akan hilang?
Jawapan: Ya, beginilah sememang jalan hidayah itu terbentang namun jika tida dibaja dengan ilmu, seseorang itu mungkin akan terpesong dan lari dari hidayah.


P:S
Saya merupakan ciptaan Allah yang belajar daripada pengalaman manusia lain.





0 comments:

Related Posts with Thumbnails