Home

Saturday, September 5, 2009

Cinta seorang isteri

Salam Nur Kasih,

“I left Islam long time ago.” “But Islam never leave you..”


“How can you reject the faith in Allah?”-Seeing that you are without life, and He gave you life; then when will He cause you to die, and will again bring you to life; and again to Him you will return” Al-baqarah:28

"Yes, it's not good to be hypocrite, but we can change to be a better person"

“Setiap manusia itu adalah faqir namun dalam kefaqiran itu tuhan memberi petunjuk, inilah yang disebut nur.”


Sebuah drama yang tengah hangat dan mendapat sambutan daripada masyarakat Malaysia. Mungkin daripada pandangan mata orang lain, cerita ini mengisahkan percintaan sejati yang akhirnya membawa kebahagian, (pandai-pandai je ending pun xtau ag cam mane), pengorbanan seorang isteri yang bersabar dengan segala tingkah laku kejam suaminya, (kejam sangat ke?kejam la kan tinggal je Nur cam tue lepas kawen) dan pengorbanan seorang abang yang sanggup melepaskan cinta demi memenuhi permintaan ibu bapa.

Saya percaya cerita ini mampu membuka mata golongan yang “biasa”, maksud saya golongan yang tidak terlalu mementingkan pendidikan agama dan amalan yang dipraktikkan dalam Islam, contohnya soal percaya kepada jodoh, menjaga batas pergaulan lelaki dan perempuan, malah tidak menjalinkan hubungan tanpa ikatan yang sah (couple termasuk sekali ke, fikir-fikirkan ye!). Cerita ini secara tidak langsung membuatkan setiap lelaki mengimpikan isteri sebaik Nur Amina, serta menanamkan azam untuk berubah menjadi Adam.

Namun, bagi saya, cerita Nur Kasih bukannlah merangkumi cinta manusia sahaja tetapi ianya lebih dari itu. Mungkin masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan ulasan mengenai cerita ini, tapi tidak mengapalah. Pada hemat saya, perubahan yang dilalui oleh Adam semasa di penjara benar-benar memberi kesan kepada saya. Seperti juga masyarakat Islam yang lain, kita sememangnya sedar kita dilahirkan beragama Islam, tapi setakat mana kita mempercayai Allah masih lagi menjadi persoalan. Beriman kepada Allah tidak sekadar melafazkan ungkapan syahadah tapi sebenarnya ia lebih besar daripada itu.

Kepercayaan kepada Allah itu sangatlah penting seperti mana hubungan kita sesama manusia begitulah juga manusia dengan pencipta. Pasangan suami isteri tidak mampu hidup bahagia andai kepercayaan itu tidak utuh sesama mereka. Persahabatan tidak akan berkekalan sekiranya kepercayaan daripada salah seorang dirobek.

Berapa peratuskah kepercayaan kita kepada yang ESA? Andai kata kepercayaan kita utuh tidak mungkin kita akan merungut dan mempersoalkan segala ujianNYA.

Watak utama cerita ini telah menimbulkan kontroversi gara-gara cerita peribadi, nasihat saya, apa yang baik dalam cerita ini kita jadikan tauladan, yang buruk janganlah kita ambil tahu, semoga kita mendapat pengajaran dan mendoakan perubahan ke atas dirinya.Setiap manusia pasti ada kesedaran untuk menjadi seseorang yang lebih baik.

3 comments:

far8 said...

citer ni memg best...
dia tunjuk tauladan yg bek utk seseorg berhijrah dari munkar kepada yg makruf...
sekg tengah download citer ni r sebb takder ms nk tgk tv.. kuikuikui

far8 said...

tp sayang pelakon hy pelakon... mulanya terdetik juga yg aktres seorg yg bek.... rupenye sangkaan memesong setelah image2 kat internet... mtk2 mesej yg diorg bwk kita fokuskan n bukannya pelakon kpd watak ni......(phm kn)

faizah said...

yup...cite yang best...
that y jah stated sal dialog

“Setiap manusia itu adalah faqir namun dalam kefaqiran itu tuhan memberi petunjuk, inilah yang disebut nur.”

Kunci pintu hidayah hanya ada pada Allah, setiap manusia pasti inginkan menjadi baik..smoga Allah buka pintu hati mereka

doakan untuk jah juga..:)

Related Posts with Thumbnails