Home

Saturday, September 5, 2009

Peritnya Mencintai

Salam kasih sayang

Susah benar mata ini tutup pabila kelam mula membaluti langit, gelap-gelita. Saya ditemani bulan mengambang penuh, sudah masuk fasa kedua puasa Ramadan rupanya.

Tersenyum saya pabila membaca “sms” daripada seorang sahabat, katanya cinta itu membutakan. Bisik hati kecil saya, mungkin cinta itu membutakan, kerana cinta yang hanya lahir daripada bibir dan bukan dari gati mampu meluluhkan seseorang.. Tidakkah begitu?
(Saya tidak mampu menjawab, cinta saya masih belum dilafazkan kepada sesiapa)

Semua orang berbicara tentang cinta, cinta yang membuatkan sesorang sesak, cinta yang membuatkan seseorang sedih, cinta yang membuatkan sesorang tertekan tatkala terputus khabar daripada si dia. Namun, hati bisa melonjak gembira walaupun kiriman “sms” hanya berbunyi salam..

Bisakah kita ketahui bila kita jatuh cinta? Ooh, saya kira susah bukan.. Pinta saya jika anda telah jatuh cinta, cintailah dia sepenuhnya, hargailah dia sebetulnya, agar anda tidak akan menyesal apabila perpisahan terjadi...

Banyak ceritera cinta saya dengar, banyak filem yang saya lihat, banyak kisah manusia saya baca, membuatkan saya percaya ungkapan perpisahan tidak seharusnya diungkap andai kata hati anda masih tidak bisa melupakan, andai anda masih menaruh harapan kepadanya, andai anda masih impikan keajaiban yang bakal terjadi.
(Betul, jangan katakan kita putus seandainya anda masih mahu mencintai, nanti sakit badan anda nanti)

Kata orang, perit rasanya apabila cinta kamu ditolak sementah-mentahnya tanpa sebarang penilaian tanpa sebarang peluang tapi kata saya, perit lagi rasanya jika cinta itu tidak bisa diluahkan.

Andai kata perpisahan tetap berlaku, relakanlah pemergiannya. Cinta sejati bukan sahaja penyatuan dunia insan yang berkongsi hati tetapi cinta sejati adalah apabila seseorang sanggup mendoakan dan melihat kebahagian diraih oleh insan yang mereka sayang. Mungkin dia merupakan calon terbaik untuk bakal anak-anak anda, namun anda bukanlah calon terbaik untuk bakal-bakal anak dia.

Cinta itu sungguh unik, datangnya tanpa diundang, dari mata turun ke hati, perginya juga tanpa diketahui, bila keretakan, air mata mengalir tanpa disuruh mengenangkan orang yang dicintai pergi meninggalkan anda. Akhirnya, cinta yang dahulunya mekar, layu di dalam hati, mengambil masa bertahun-tahun untuk betul-betul mati..

Jatuh cinta bukan sekali, ia mungkin terjadi beberapa kali. Mungkin yang sebelumnya sekadar menumpang, memberi kita pendedahan awal tentang cinta, yang kemudiannya datang memberi kita makna tentang cinta.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

P:S
Saya mencari Kitab Thauq Al-Hamamah daripada Ibn Hazm
(The Ring of the Dove: Love and Lovers)

2 comments:

Anonymous said...

salam.
adakah saudari bercerita tentang cinta sebelum kahwin?

faizah said...

salam...
herm...
sangat subjektif sbenarnya entri nie
xmerujuk kepada sesiapa
cuma begitulah dalam perhubungan...
sama ada sebelum atau selepas berkahwin

Related Posts with Thumbnails