Home

Monday, March 1, 2010

Bahasa Arab Ooo Bahasa Arab

Dengan Nama Allah yang menghidupkan aku dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat, para tabi dan tabiin…..

Jari tidak dapat lari untuk berkata-berkata mencoretkan apa yang bermain di fikiran. Kali ini saya mahu berbicara tentang bahasa, satu bahasa yang tercatit di Al-Quran.

Saya merupakan pelajar sekolah agama yang sememangnya tidak arif berbahasa Arab. Bahasa ini saya pelajari semasa saya berada di sekolah menengah. Lima tahun saya menelaah, bertungkus lumus mempelajajari bahasa syurga Allah. Namun, saya masih belum boleh bertutur dengan lancar. Pelik! Bahasa Mandarin yang saya belajar hanya 4 tahun dapat saya tuturkan malah lebih fasih daripada bahasa Arab.

Bahasa syurga ini merupakan satu bahasa yang menjadi kebencian dalam diri saya. Setiap kali kelas bahasa Arab, saya dapat rasakan beban smenghempap saya dan beban ini tidak mampu saya pikul. Saya merasakan bahawa bahasa ini sukar untuk dipelajari, dan saya bertekad untuk tidak mempelajari selepas tamat persekolahan.

Allah itu maha adil, Allah itu maha mengetahui. Allah tahu apa yang terbaik untuk diri saya. Saya mendapat tawaran ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Setelah melangkah ke Uiam, perkara pertama yang bermain di fikiran saya adalah Bahasa Arab. Sungguh! Saya benar-benar membencinya…..

Saya diberitahu bahawa pelajar jurusan Sains Sosial di bawah payung Kulliyah Ilmu wahyu diwajibkan untuk mengikuti pembelajaran Bahasa Arab sehingga mencapai tahap keenam sedangkan Kulliyah lain hanya perlu mencapai tahap kedua, ketiga, dan keempat. Sekali saya terfikir, apakah ini dugaan Allah untuk menguji saya?

Hari ini, saya didatangi oleh beberapa pelajar baru. Soalan yang diajukan kepada saya: “Apakah relevannya belajar bahasa Arab bagi pelajar Sains Sosial?” Saya keluarkan jawapan yang sama dikeluarkan oleh pelajar lain. Kata saya : “Tidak ada relevannya.”

Saya mengakui Bahasa Arab menjadi beban kepada majoriti pelajar Sains Sosial. Kami bukan sahaja perlu menghabiskan subjek wajib bahasa Arab, malah kami dibebani dengan subjek wajib Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Subjek-subjek agama. Sekiranya kesemua subjek ini tidak dihabiskan maka keinginan pelajar untuk bergelar siswazah hanya tinggal kenangan. Selain itu, masih wujud segelintir sahabat saya yang masih “stuck” di matrikulasi gara-gara tidak lulus Bahasa Arab. Maka, dimanakah relevannya pembelajaran Bahasa Arab?

Ya, anda mungkin memikirkan pembelajaran Bahasa Arab itu tidak relevan seperti saya. Namun, jika diselidik dan jika direnungkan kembali, sebenarnya kita telah membuat pilihan untuk belajar Bahasa Arab sebelum menjejakkan kaki ke bumi Uiam lagi. Seperti yang kita sedia maklum, perkataan “ISLAM” yang tertera pada nama universiti merupakan satu tanda yang memberitahu semua bahawa pembelajaran di Uiam pasti akan berbeza dengan universiti-universiti lain.

Seterusnya, kita akan merasakan pembelajaran Bahasa Arab menjadi satu beban dan bukan merupakan keperluan sekiranya tidak wujudnya cintakan ilmu. Bagi saya, jika kita lihat dari sudut yang lebih positif. Allah sebenarnya memberi kita ruang untuk mempelajari bahasa syurga dengan meletakkan kita di Uiam, maka garaplah peluang yang ada supaya kita dapat bertutur dengan fasih dalam Bahasa Arab. Ada segelintir di antara kita berpendapat kita tidak mungkin akan dapat mengaplikasikan bahasa ini kerana mana mungkin kita dapat bertutur dengan begitu fasih. Kata saya, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Andai suatu hari nanti anda mampu bertutur Bahasa Arab dengan fasih, saya percaya anda akan berterima kasih dengan pihak pentadbiran Uiam yang mengesyorkan pembelajaran Bahasa Arab.

Ingatlah, kita yang menentukan segala-galanya…

Tidak salah kita mencuba untuk menyukai Bahasa Arab (berkata kepada diri sendiri juga), jangan jadikan pembelajaran bahasa Arab hanya terhenti di tahap enam sahaja, teruskan dan aplikasikannya dalam kehidupan harian.

P:S

Cadangan saya,

Jumpa pelajar dari Sudan, Somalia, China, bertutur bahasa Arab, jangan bertutur dalam Bahasa Inggeris, lama-lama pasti berjaya..selamat mencuba! :)

2 comments:

Pemikir 21 said...

Aku pernah membaca interview sebuah majalah dengan Sasterawan Negara, A.Samad Said. Di akhir wawancara tersebut A.Samad Said berkata:

(lebih kurang begini)

"Saya menyesal kerana tidak menguasai B.Arab. Al Quran merupakan sastera yang paling indah yang pernah saya ketemu sepanjang hidup..."

Try..even it is hard...

This is reminder for me too :)

faizah said...

well...
i'm trying hard for that..doa-doa la aku bukan hanya belajar arab samapi kat uia jer, if i can say fluently, pergh..!! itulah kejayaan paling besar aku :)

Related Posts with Thumbnails