Salam kesibukan daripada saya….
Sungguh, minggu ini saya sibuk sekali. Sibuk “bermain” dengan kerja- kerja kursus yang perlu disiapkan, pembentangan hampir setiap hari, dan kuiz yang tidak lekang walaupun sehari. Saya capek dalam dunia realiti yang menjerit-jerit memberitahu saya tanpa jemu bahawa inilah kehidupan sebagai seorang pelajar. Mahu atau tidak, saya perlu gagahi jua…
Sebelum saya membuat keputusan untuk beruzlah dengan Facebook, sempat saya mengerling ke status seorang sahabat karib saya, Ineza. Status gadis tinggi lampai ini berbunyi begini : “My mom told me, why you always got in trouble, did you did anything wrong?”
Saya tidak memberikan apa-apa respon di statusnya, hanya doa saya titipkan dalam hati saya, semoga sahabat saya ini berada dalam lindungan Allah. Dalam kesibukan saya menyiapkan persediaan untuk pembentangan dan kuiz esok, saya mencari waktu-waktu luang untuk menulis satu entri buat sahabat saya kelahiran Sabah ini.
Icha, dan teman-teman lain :
Mengapa hidup kita penuh dengan ranjau, liku-liku sukar, dan tidak pernah sekalipun kita hidup dalam kesenangan tanpa kepahitan? Saya percaya setiap di antara kita akan berkata kepada diri sendiri, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Hidup ini satu pembelajaran yang mengajar kita tentang kehidupan. Namun, jauh di sudut hati saya, saya katakan Allah itu Maha Mengetahui, Maha Adil, dan Maha Penyayang.
Berbunyi ideaistik, dan langsung tidak berpijak di bumi nyata?
Tidak, jika anda punya agama. Mengapa saya kata Allah itu Maha Mengetahui? Allah tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan sedangkan kita jahil tentang dunia futuristik. Contoh mudah, mari kita lihat dunia seorang pelajar. Ok, mengapa perlu berasa sedih (perlu, jgn terlampau sangat) apabila anda memperolehi keputusan atau CGPA yang rendah pada permulaan tahun pengajian? Mungkin Allah mahu hadiahkan CGPA yang terbaik semasa di akhir pengajian anda? Tidak pernah terfikir bukan, makanya senyum-senyumkanlah diri kamu. :)
Mengapa saya katakan Allah itu Maha Adil? Allah itu Maha Adil dalam menguji seseorang. Allah tidak pernah membebani hambanya dengan beban yang tidak dapat dipikul. Allah itu Maha Adil dalam mengagihkan kesusahan mengikut tahap tarbiah yang diperlukan setiap manusia. Ok, contoh mudah yang saya mahu berikan, setiap pelajar sering kali mengalami masalah kewangan lebih-lebih lagi di penghujung semester. Pada saat ini, segala macam tekanan akan muncul, segala persoalan negatif bermain di fikiran, tanpa disedari syaitan semakin kerap mendekati. Cuba kita fikir, apabila kesusahan dirasai kita makin mengenali diri. Kita kerap bermuhasabah untuk memperbaiki diri. Akhirnya, kita sedar kita banyak berbelanja pada tempat yang tidak sepatutnya. Bukankah itu satu nikmat yang Allah berikan kepada kita?
Mengapa saya katakan lagi Allah itu Maha Penyayang? Ketahuilah sayangnya Allah pada kita tidak mampu ditandingi oleh mana-mana makhluknya. Allah itu menyayangi kita lebih daripada orang lain menyayangi kita. Allah turunkan musibah supaya kita menjadi lebih tawadhuk dan ingat akan nikmat yang diberikan semasa kita beroleh kesenangan. Tapi kita angkuh, kita hanya berdoa ketika kita mengalami kesusahan sedangkan hadith mengatakan “Jika mahu Allah makbulkan doa, banyaklah doa ketika susah berbanding kita senang.” Contohnya, bila tiba musim peperiksaan maka ramailah yang menjengah masjid melakukan Qiamulail, melakukan solat sunat hajat, memohon doa minta dipermudahkan. Dalam erti kata lain, kita hanya pandai membodek bila mahukan sesuatu.
Wahai teman-teman dan diri saya juga,
Jadikanlah kesusahan itu satu kelebihan untuk kita lebih dekat dengan Allah, ingatlah tujuan penciptaan kita,kita dijadikan oleh Allah untuk mentaati segala suruhanNYA.

3 comments:
Aku tak suka hidup dalam kesibukan. Ia buat aku jauh daripada aktiviti2 yang aku gemari. Tapi pabila aku punya masa senggang, aku sudah tidak keruan tidak tahu apa yg perlu diperbuat :p
Aku tak suka hidup dalam kesibukan. Ia buat aku jauh daripada aktiviti2 yang aku gemari. Tapi pabila aku punya masa senggang, aku sudah tidak keruan tidak tahu apa yg perlu diperbuat :p
herm..are u sure u dont like being in busy..you always make urself busy...btw enjoy la busy tue kang dah banyak waktu luang ko mati kebosanan plak :P
Post a Comment