Home

Thursday, March 4, 2010

Saya "bernikah" dengan peperiksaan

Assalamualaikum,

Bila sahaja “warning letter” sudah dikeluarkan, makanya kelas akan menyepi. Sudah tidak ramai yang akan ke kelas kerana mereka pasti tidak mungkin mereka akan di”bar” daripada menduduki peperiksaan akhir semester.

Saya suka ke kelas, lagi-lagi kelas yang bukan hanya bercerita tentang apa yang terkandung dalam buku teks. Mungkin kerana saya lebih sukakan perkara yang praktikal berbanding teori.

Saya bukan kaki hafal, dan saya sangat tidak suka menghafal tambahan pula dalam keadaan terdesak. Makanya, saya dan sistem pendidikan yang berpaksikan “exam oriented” memang tidak mungkin akan “dinikahkan”. Saya lebih suka memahami sesuatu subjek daripada menghafal sesuatu subjek. Jika sesiapa yang pernah membaca skrip jawapan peperiksaan saya pasti akan tergelak. Kebanyakan jawapan saya dipenuhi dengan contoh-contoh yang berlaku di dunia nyata. Benar, saya tidak pernah mengingati fakta di buku teks secara total, apa yang saya lakukan adalah dengan memahami “term” dan saya huraikan dengan menggunakan ayat saya sendiri. Namun, tindakan saya ini sebenarnya membawa bencana kepada saya, kerana untuk mendapat markah penuh atau menjadi pelajar dekan saya perlu menghafal apa yang tercatit di buku teks dan tuliskan di kertas jawapan saya.

Sebab itulah saya katakan, saya dan peperiksaan tidak mungkin bersatu. Tiba sahaja musim peperiksaan, otak saya menjadi lembap. Saya perlu menghafal nota-nota dengan penuh kesungguhan. Kadang-kadang saya terfikir alangkah indahnya hidup tanpa peperiksaan, alangkah indahnya hidup jika kita hanya perlu ke kelas dan menerima segala ilmu yang ada tanpa perlu menduduki peperiksaan. Ada di antara kawan saya mengatakan bahawa sistem peperiksaan itu penting untuk menguji kefahaman kita. Benar, “niat” peperiksaan itu ada moleknya, tetapi kefahaman dan menghafal adalah dua cabang yang berbeza. Anda mungkin akan mendapat markah yang tinggi dengan menghafal namun anda masih belum boleh dikatakan faham tentang subjek atau topik tersebut.

Dua hari yang lepas sementara menunggu pensyarah undang-undang saya hadir ke kelas, saya sempat berborak dengan rakan sekelas saya. Rakan sekelas saya mengatakan bahawa dia seorang yang sukakan buku, buku dan dia memang tidak mampu dipisahkan. Wah, kagum saya dengannya. Lantas, saya bertanyakan padanya antara koleksi buku yang dia ada (bolehlah saya pinjam,hehe). Kekesalan yang saya terima apabila dia nyatakan kepada saya kebanyakan buku dalam simpanan dia adalah buku-buku teks yang saya juga miliki. Saya tidak berdebat dengannya soal ini, kerana saya cuba berfikiran optimis. (mungkin definisi cinta buku kami berbeza..huhu)

Saya diajukan beberapa soalan, antaranya perbualan kami:

Rakan saya : “Faizah, ko nak jadi ape erk nati?”

Saya : “Ko nak jadi ape?”

Rakan saya : “Kita tanye die, die tanye kite balik. Diplomate.”

Saya : “Herm, aku pon pernah terpikir nak jadi diplomate tapi sekarang aku certain nak jadi pensyarah.”

Rakan saya : “ Hah, pelik! Tak pernag ag aku tanye dak Poli yang nak jadi pensyarah. Paling common pon nak keje bahagian admin atau jadi PA (personal assistant).”

Saya : “Erk! Entah, aku rasa kalau aku jadi pensyarah, bleh ak wat research, xde la ilmu aku static je, pastue mesti best dapat share ngan anak murid aku tentang pengalaman hidup aku, kan? Ko nak jadi diplomate x takut ke busy, ko tue perempuan,skunk xpela single, dah ade anak nanti cam ne?”

Rakan saya : “Herm, betul gak kan. Tapi tak semestinya ilmu tue static je, dia tgk diri kita gak. A’a aku pon xpke kalo aku busy, entah tapi aku static ngan diplomate la.”

P:S

Susah sungguh hidup ini, tapi jika niat dan matlamat kita jelas, kita akan rasa nikmatnya hidup. Peperiksaan itu bukanlah kayu ukur tinggi dan rendahnya ilmu seseorang. Peperiksaan itu hanyalah satu sistem supaya kita memperolehi segulung ijazah dan menentukan status kerja pada masa akan datang. Namun, kita perlu jelas apabila kita sudah tidak berdepan dengan peperiksaan, pencarian ilmu masih perlu diteruskan. Selamat melakukan persediaan untuk peperiksaan akhir semester! ;P

Tengoklah cerita “three idiots”, sebuah filem sinikal yang menyindir sistem pendidikan Negara.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails