Salam pencerahan,
Saya mahu bercerita dan cerita ini cerita benar, saya tujukan cerita saya kepada sahabat-sahabat saya dan saya tidak tahu mengapa cerita ini ditujukan kepada mereka. Semoga setiap yang membaca dapat manfaatnya.
Tempat: Kelantan
(daerah dirahsiakan untuk mengelak terbongkar keluarga belah mana)
(daerah dirahsiakan untuk mengelak terbongkar keluarga belah mana)
Masa : 1.00 – 3.30 pagi
Nama Sepupu : dirahsiakan
Cerita ini adalah mengenai perbualan saya bersama sepupu saya semasa hari raya korban tahun lepas, kami habiskan masa sepanjang malam bercerita tentang kisah percintaannya yang telah mencecah umur 4 tahun, namun akhirnya kecundang dengan satu soalan yang dia ajukan kepada kekasihnya.
Soalannya : “ Dear, what is our future plan after we graduated?”
Jawapan : “Future plan? I thought it just a relationship.”
Maka, benganglah sepupu saya, mungkin dalam fikirannya mahu berumah tangga setelah tamat pengajian tetapi jawapan dari kekasih hati tidak seperti yang dijangka. Saya melayan lagi sepupu saya yang sedang meluahkan kekecewaannya.
Faizah : “ Sebab tue je ke break up? Adoi… x mature btol”
Sepupu saya : “ xmature ko kate, tapi xpe die tue xde special pon.”
Saya sedikit tercabar mendengar kenyataan yang dikeluarkan, seolah-olah habis madu sepah dibuang, almaklumlah dia lelaki saya perempuan, mana sanggup mendengar kaum sendiri dikritik.
Faizah : “ Ooo, bila dah break up, ko kate dah x de special la. Hbs, yang ko tergila-gila sgt dulu kenape?
Sepupu saya : “ Jah, dia tue ade dua je special, pertama comel, kedua seksi.”
Faizah : “ Amboi…amboi..!! aku nak tanye ko sket, ape kriteria perempuan pilihan ko erk?”
Sepupu saya : “ Hehe..First, mestilah berambut panjang dan lurus. Dan second she must be cute.”
Faizah : “ Oooo, kira perempuan tadi dah memenuhi kriteria ko la, yang ko break up nape, x ke nyesal?”
Sepupu saya : “ Ala jah, dia ada masalah keluarga, agpon die free hair, xsolat.”
Faizah : “ Aku xpaham la ngan ko nie, kate nak berambut panjang, kalau die pakai tudung manela ko tau rambut die panjang, ko ingat orang yang bertudung nak gtau ke rambut die jenis macam mana? Kalau die x solat pon cubalah ko nasihat sket, ko kan laki, u will be the leader n lead the family.”
Saya mula menunjukkan tanda-tanda bengang kerana dia asyik menyalahkan sebelah pihak sahaja. Sambung,
Sepupu saya : “ Susah la jah, aku dah suh die pakai tudung tapi dia kate mak i kate i nie muda lagi la.”
Faizah : “ Memangla die xakan pakai tudung, dah sepanjang hidup die x bertudung, tetiba ko nak suh die pakai tudung, buang tabiat ke ape? Aku nak tnye ko sket dalam mase 4 tahun ko couple kan, bape kali ko nasihat kat die, Ok, aku bajet dulu erk, tahun pertama baru kenal, tahun kedua baru tahu sal diri die, tahun ketiga mungkin dah bleh nasihat la kan, kiranya 2 tahun ko nasihat die, betul x?”
Sepupu saya : “ A’a lebih kurang r.”
Faizah : “ Hah, 2 tahun ko nasihat die suh pakai tudung, 2 tahun vs 20 tahun ko kira la sendiri, memang sah-sah la xkan pkai nye, tue baru pkai tudung xcakap sal solat lagi, lagi-lagi korang tercampak kat negara orang yang kaya dengan budaya barat, banyak dugaan tue,aisehman!!”
Sepupu saya : “ Habis, ko nak suh aku wat cam ne jah, aku bukan ustazah macam ko?”
Faizah : “ Sejak bila plak aku dapat title ustazah nie,Eh, kate orang xkenal maka x cinta,so kita perlu terapkan cinta die kepada Islam, ceritakan indahnya Islam, ajar die solat, ingatkan die tentang solat, pastikan die solat cukup lima waktu, kuatkan kefahaman tentang aqidah die dulu,faham x rukun iman,rukun Islam barulah cerita pasal tudung tue last kira r beb.”
Sepupu saya : “ Ko ingat senang ke? Ko ingat aku punya knowledge agama banyak?”
Saya berasa sedikit kesal, bukankah setiap daripada kita dilahirkan sebagai seorang khalifah? Pemimpin bukan bererti kita perlu memerintah dunia, kita adalah pemimpin kepada diri kita, apabila kita mengawal nafsu kita, kita adalah pemimpin kepada kawan-kawan kita apabila kita bercerita tentang ukhwah, kita adalah bakal pemimpin kepada anak-anak, cucu-cucu, serta keturunan kita, dan kitalah yang akan menerangkan betapa kita dijadikan untuk menyembah yang ESA.
Faizah : “ Awat? Hang pon x reti nak solat ka? Xpenah solat ka?”
Sepupu saya : “ Bukan tue maksud aku jah, tapi susah.”
Faizah : “ Mungkin susah kan, yelah berkata-kata lebih senang daripada melakukan tetapi u need to realize u will face this kind of problem, when u get married, u need to teach ur children how to perform solah, u need to explain to them what n why solah is very important . That why, we need knowledge and we need to increase our knowledge, if u can read all the textbooks in order to get degree in Medic, why don’t u do the same to get the honor of degree from Allah?”
Sepupu saya : “ xpela jah, aku dah break up dah pon, I’m ready to move on.”
Faizah : “Kalau aku la kan, alang-alang aku dah kenal die tue, perangai die, cerita die, ada baiknya ko try dulu bagi pendedahan kat die, manelah tau she will become a better muslimah after this. Atleast you know her weaknesses kan. Kalo x jadi bini ko pon atleast ko buat pahala kan?”
Sepupu saya: “Herm.. xmau la, aku dah move on, xmau contact dah. Ko carila la jah, budak Uia kat aku sorang, yang baik-baik.”
Faizah: “ Tidak salah untuk mengimpikan perempuan yang baik untuk dijadikan isteri tapi ko kena ingat in order to get a good one, you need to change first, perempuan baik hanya untuk lelaki yang baik, kita kena ingat, cam aku sdri , aku pon nakkan yang elok, tapi aku selalu fikir, aku nie asyik nakkan yang elok tapi aku elokkah aku?”
Tiba-tiba, sepupu saya bertanyakan saya soalan yang saya ajukan kepada dia.
Sepupu saya : “Jah, apa ciri-ciri lelaki pilihan ko?”
Faizah : “ Cukuplah 4 ciri, agama, keturunan, harta, dan rupa, tapi aku dahulukan agamanya, so xsemestinya melayu la, hehe. Yang ko tetibe tanye aku nape?”
Sepupu saya : “ Tanye pon xleh ke. Yalah, aku tau, tapi cuba ko spesifikkan, xkan la xde sesiapa dalam hati ko?”
Puas saya fikirkan, dan akhirnya saya tidak mampu menjawab soalannya. Saya cuba mengambarkan wajah seseorang tapi saya tidak berjaya, saya pernah menyukai seseorang tapi itu hanyalah sekadar perasaan yang tidak pasti dan akhirnya luput tanpa saya sedari. Soalan itu tanpa jawapan dan berakhir dengan satu senyuman.
Perasaan saya ketika itu boleh digambarkan dengan perkataan kecewa, kecewa! kerana saya tidak punya sesiapa untuk digambarkan, kecewa! Kerana saya tidak punya sesiapa untuk diceritakan, tetapi kecewa saya tidak berpanjangan kerana saya tahu DIA telah menetapkan seseorang untuk saya. Siapa? Biarlah ia menjadi satu tanda tanya.
P:S
Meminjam kata-kata Hanim, Jodoh itu rahsia Allah!!
Buat teman-teman kaum Hawa yang amat saya sayang: Una, Yus, Cek ya, Nadim, Chah, Adila, Farah, Icha,Afiqah, Dayah, Hanan dan semuanya…
Mungkin benar kita dilahirkan sebagai kaum Hawa dan kita perlukan seseorang untuk memimpin kita, tapi kita juga bakal menjadi ibu kepada anak-anak kita. Apakah tanggungjawab mendidik anak itu hanyalah di bahu seorang suami? Cuba kita bayangkan apabila anak sulung yang kita kandung 9 bulan ajukan soalan kepada kita, “Mama, nabi Muhammad ada berapa orang anak?” Adakah jawapan ini yang bakal keluar? “Cuba along tanya abah? Mama tak ingat la sayang.”
Andai kata ada yang terasa, saya mohon maaf. Saya juga insan kamil yang tidak jemu-jemu diuji, dan saya sedar iman saya sentiasa berbolak balik, kadang-kadang di atas peratusannya, kadang-kadang jatuh menjunam prestasinya, dan mungkin ada yang berpendapat saya pelajar Uiam,saya pelajar sekolah agama, maka saya hebat berkata-kata soal agama. Pohon saya, jangan membuat penghakiman secara luaran, siapa kita untuk menghakimi kerana keikhlasan seseorang hanya Allah yang mengetahui. Pinta saya lagi, lihatlah apa yang saya cuba sampaikan dan bukan lihat kepada diri saya yang masih dalam belenggu kejahilan.
Jika kita boleh menghabiskan masa berjam-jam menelaah pelajaran mengapa pula kita tidak punya masa untuk menelaah agama? Jika kita gembira habiskan duit scholar dan ptptn dengan membeli kasut, beg, baju, mengapa kita rasa membazir untuk membeli buku-buku diluar bidang pelajaran kita? (Jangan sampai bila agama kita diperkotak-katikkan pada masa akan datang (seperti isu sekarang: penggunaan nama Allah), kita tidak punya ilmu dan hujah untuk diutarakan, hebatnya kita di gelanggang lain tapi tewas di gelanggang memperjuangkan agama. Semoga kita dilindungi Allah dan Hanya DIA yang maha mengetahui.

10 comments:
thamks jah..manusia memamg xserik diuji...kerana itulah manusia.
ada kalanya nadim seorang yang baik, tp ad kalanya diri tetap kecundang..
bagi jah yang sentiasa dengan ilmu dan rajin mencarinya, nadim hargai dan bersyukur cz jah masih punya kekuatan untuk berkongsi dengan kami yang lain..
pendapat, artikel dan hujahan yang jah tulis di sinilah yang membawa nadim ke alam nyata, sedar akan kesalahan..walaupom ia sementara, namun cukup untuk memberi peringatan.
thanks a lot..
Assalamualikum,
"bagi jah yang sentiasa dengan ilmu dan rajin mencarinya, nadim hargai dan bersyukur cz jah masih punya kekuatan untuk berkongsi dengan kami yang lain.."
Time kasih, sayang kamu!!
Bila berbicara tentang dunia nyata dan cerita kamu bukan sahaja memerlukan ilmu yang boleh didapapati di dalam buku, itulah penting akal untuk berfikir.
Ya, saya juga insan biasa, kadang-kadang saya seperti kamu mahu menikmati hiburan dunia, namun saya bersyukur kerana punya teman-teman dan keluarga yang banyak membantu.
Percayalah, jika kita sentiasa inginkan sesuatu maka kita bersungguh-sungguh ke arahnya, perubahan boleh berlaku andai kita benar-benar mahu
(ada gaya budak sains politik bercakap x?xde langsung tajuk politik dalam blog nie)
Well said.
:)
sowi...sbb u r exceptional from the list........
Dear Jah,
tankz a lot,but i just wondering y sarah is exceptional?...
Dear Jah,
tankz a lot,but i just wondering y sarah is exceptional?...
Dear Jah,
tankz a lot,but i just wondering y sarah is exceptional?...
Dear Afiqah...
pls do not write it repeatedly
sarah is excluded
sbb she doesnt like girl stuff
yang die care about world
salam jah..
1stly thanx sb jah syg ecah hihi
luv u toooo ukhti
bez bc blog jah
merangsang org u bfikir
tpi slalu xsmpt nk bc
byk agi xbc
apepn keep on good job!
apa yang dicoretkan buat semua...kawan-kawan dan saya...saya hanya menulis apabila saya lihat persekitaran saya...
Post a Comment