Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Kebudak-budak-Mungkin ini adalah salah satu kriteria saya. Saya tidak pernah berasa malu apabila ada segelintir kawan-kawan saya mengatakan saya sangat kebudak-budakan dalam sesetengah hal. Bersifat kebudak-budakan kadang-kadang menghiburkan hati saya.
Hari ini saya mendapat satu mesej SMS daripada adik saya yang menyatakan kereta DAV1000 a.k.a Davio akan beralih tuan pada jam 3 petang esok. Ini bukanlah kali pertama saya mengalami kehilangan sesuatu yang bersifat material. Ketika saya berumur 9 tahun, saya kehilangan BEU35, kereta Pajero pacuan empat roda yang saya rasakan kereta paling “best” pernah saya naiki. Lucu bukan apabila saya berbicara tentang kereta-kereta yang telah dan bakal meninggalkan saya. Sungguh, saya sangat bersifat kebudak-budakan.
Kehilangan material dan kehilangan sesuatu yang hidup adalah dua perkara yang berbeza. Saya lebih suka orang menghadiahkan saya sesuatu yang tidak akan lupus. Pada saya, barang seperti buku, cd adalah antara barang yang tahan lama dan barang yang paling saya minati. ( Terima kasih kepada Hippo yang menambahkan koleksi cd dan buku saya, ia sangat bermakna).Ya, saya tahu setiap barang akan luput juga suatu hari nanti tapi sekurang-kurangnya jangka hayat barang-barang ini lama.Percaya atau tidak terpulanglah kepada kamu yang membaca, setiap barang yang orang
hadiahkan kepada saya, saya akan simpannya rapi di dalam sebuah kotak. Setahu saya, barang yang paling lama yang berada di dalam kotak itu adalah pemadam yang dihadiahkan oleh Cikgu Leng semasa saya darjah satu kerana saya telah mendapat markah tertinggi dalam latihan “ding Xie” (dengar dan tulis). Di dalam kotak tersebut terkandung pensel, buku, frame gambar, dan berbagai jenis hadiah.
Mungkin ada sesiapa yang akan mengatakan bahawa saya sangat sentimental orangnya, saya akui saya sangat menghargai setiap hadiah yang dihadiahkan oleh keluarga dan kawan-kawan kepada saya. Mungkin saya seorang yang konservatif, bersifat kolot, tapi itulah saya. Saya adalah jenis orang yang susah untuk menerima benda baru gara-gara sudah terbiasa dengan yang lama. Ingat lagi, kehilangan telefon bimbit yang saya beli semasa tingkatan lima dengan menggunakan duit gaji pertama merupakan satu kehilangan yang besar. Setiap kali saya ternampak telefon bimbit berjenama Sony Ericsson W890i berwarna putih, ia membuatkan saya rasakan telefon baru saya tidak bererti.
Lucu rasanya apabila berbicara tentang kehilangan, tapi bagaimana pula dengan perasaan kehilangan seseorang yang kamu sayang? Cerita twilight siri pertama telah saya ulang empat kali, saya cuba mencari sesuatu di dalam cerita tersebut. Sememangnya tidak banyak yang dapat saya perolehi, cerita yang berunsurkan percintaan sememangnya sedikit pengajaran yang dapat diambil. Namun, saya tetap merasakan cerita itu menarik untuk ditonton. Kita dapat mengetahui kehidupan masyarakat barat yang sangat bebas dalam pergaulan, dan budaya itu sudah wujud dalam kalangan masyarakat kita. Jika dilihat kepada cerita twilight siri kedua, ia menceritakan bagaimana seorang kekasih sanggup mati setelah kehilangan kekasihnya, seolah-olah dunia sudah tidak memberi apa-apa makna kepada dirinya. Ini yang membezakan kita dengan masyarakat barat, kita masih punya iman dan percaya dengan makna kebahagiaan walaupun seseorang yang kita sayang pergi meninggalkan kita.
P:S
Saya berasa terpanggil untuk mengulas filem 2012, yang pada saya tidak memberi apa-apa impak besar walaupun ada segelintir sahabat saya yang mengatakan filem itu member keinsafan.

0 comments:
Post a Comment