Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani….
Saya selak langsir, kelihatan malam sudah kelam, saya tidak bisa tidur. Keseorangan mungkin, tanpa ditemani sesiapa. Al-maklumlah cuti pertengahan semester lebih kurang 10 hari, hanya orang jauh sahaja tidak pulang. Puas saya pujuk mata supaya tertutup, namun tidak dapat juga. Saya bingkas bangun dari tidur, teringat pesan nenek saya, “Jika tidak dapat tidur, ambil wudhuk, bacalah kalam Allah.”
Selesai sahaja solat dan bacaan quran, saya masih juga tidak dapat tidur, mungkin gara-gara sudah terbiasa “stay up” minggu lepas. Terus sahaja saya bukakan laptop meninjau filem-filem yang masih belum ditonton di dalam external hard disc.
Bertuturlah cinta mengungkap satu nama……
Ketika cinta bertasbih 1 dan 2 jadi pilihan……
Seingat saya, novel karya Habiburahman itu telah saya khatam setahun lalu, filemnya sahaja baru saya tonton walaupun sudah lama berada dalam external hard disc, agak sibuk untuk melayan cerita gara-gara assignment yang bertimbun. Saya akui karya-karya yang berunsurkan Islamik sememangya membuatkan saya untuk menjadikan ia suatu realiti berbeza dengan dengan novel Twilight yang lebih berunsurkan romantis semata, walaupun bisa menjadikan ia realiti tapi masih berbunyi fantasi.
Perasaan saya semakin yakin ketika saya menonton filem tersebut. Apa yang saya mahukan sama dengan apa yang Khairul Azzam fikirkan. Namun, saya tertanya-tanya apakah lelaki sebegitu masih wujud? Berfikiran kolot dan tidak moden yang mana dirinya kuat berpegang kepada kalam Allah dan suruhan nabi. Tidak gusar walaupun beberapa kali halangan untuk dimiliki dihalang kerana beliau tahu akan ada jodoh yang baik buat dirinya. Mengapa perlu difikir, andai kata saat itu belum tiba, bila masanya sudah ada, serahkan pada Allah yang Maha pengetahui segalanya.
Saya menghabiskan masa hujung minggu saya bersama abah. Kebetulan abah menghadiri kursus di Bangi. Saya dan abah jarang benar berkongsi cerita tentang perasaan. Topik yang selalu kami bicarakan tentang politik, undang-undang mahupun adik-adik. Jadi, saya agak terkejut apabila abah tanyakan saya semasa kami berjalan-jalan di sekitar Sogo tentang status saya.
Saya suruh abah tonton saja filem Ketika Cinta Bertasbih, maka fahamlah abah tentang hubungan saya dengan seseorang. Abah terpinga-pinga mendengar jawapan saya tanpa sebarang kefahaman. Saya jelaskan kepada abah, saya mungkin sahaja punya ramai teman lelaki, (rupanya abah selalu observe facebook saya, ada beberapa nama lelaki yang abah sebutkan) tapi untuk menjadi suami, saya serahkan kepada abah bila mana masa itu sudah tiba. Abah tidaklah begitu terkejut mendengar jawapan saya, kerana sudah banyak kali saya bagi hint tentang ini. Cuma, abah katakan pada saya, jangan terlampau tidak memikirkannya tapi berdoalah sentiasa. (tiba-tiba saya merasakan abah sangat memahami soal hati,haha)
Ini sekadar luahan yang saya mahu kongsikan bersama teman-teman. Saya bukanlah sehebat Anna di dalam filem itu, tapi saya punya hati yang mahu menjadi seperti itu. Apa yang saya inginkan dalam hidup saya benar seperti dalam filem itu. Sekadar satu majlis nikah yang cukup ringkas tanpa memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika ada di antara kawan-kawan saya yang berpendapat saya seorang yang mementingkan soal majlis perkahwinan, itu sama sekali tidak benar. Setiap perempuan inginkan majlis perkahwinan yang indah-indah mengikut cita rasa masing-masing. Namun, bagi saya luaran tidak memberikan apa-apa makna pada saya, yang saya dahulukan adalah isinya. Asalkan lelaki yang bakal saya nikahi itu ikhlas, itu sudah berharga buat saya.
P:s
Ayu juga punya pendapat sama dengan saya klik
tanggungjawab lebih utama...
P:s
Ayu juga punya pendapat sama dengan saya klik
tanggungjawab lebih utama...

3 comments:
una tgok da yg siri 1 punye
yg tu ade kt youtube
tp yg 2 xde..
so xtaw ape smbungn nye
buku pn xde nk bce:::
huhu
huhu...ade dalam external hard disc jah...yang dua lagi mencabar...khairul azzaam berdepan dengan halangan untuk memiliki
huhu...
along. cam x cayo g2 abah tnyow hang!!
long, hok smax sket desh...
Post a Comment